AKTIVITI : SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN BERSAMA J3K KG TEMBILA

 

TARIKH : 31 OGOS 2017

MASA : 7.30 PAGI - 11.30 PAGI

TEMPAT : DEWAN TERBUKA KG TEMBILA

PESERTA : 45 ORANG

preview

 

Tujuan 

Aktiviti ini disertai oleh majoriti penduduk Kg Tembila. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menyambut Kemerdekaan dan untuk menzahirkan semangat patriotik bersama-sama penduduk setempat. Aktiviti ini berjaya memupuk kerjasama dan silaturahim dikalangan penduduk setempat disamping mempromosikan PI1M kepada pengunjung yang datang.

 

Aktiviti

Aktiviti dimulai dengan pendaftaran pengunjung dan seterusnya sesi senamaerobik. Kemudian, acara seterusnya ialah berarak mengelilingi kampung bersama bendera Malaysia, pertandingan pakaian seragam merdeka, basikal berhias dan cambutan bertuah.

 

 

AKTIVITI : SEHATI SEJIWA

 

TARIKH : 27 OGOS 2017

MASA : 10.00 PAGI - 11.30 PAGI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 4 ORANG

preview

 

Tujuan 

Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengulangkaji pelajaran penggunaan Microsoft Power Point disamping mengadakan kelas IT percuma kepada ahli yang berdaftar. Selain itu, segala kemudahan yang terdapat di PI1M juga didedahkan kepada mereka.

 

Aktiviti

Para peserta dikehendaki untuk membuat 'slide show' dengan menggunakan aplikasi Microsoft Power Point bertemakan Sehati Sejiwa. Tugasan yang diberikan amat ringkas dan mudah. Mereka memerlukan kemahiran untuk memuaturun gambar patriotik yang disediakan dilaman internet. Disamping itu, para peserta juga perlu menggunakan daya kreativiti mereka untuk menyusun dan menggunakan pelbagai animasi yang terdapat di aplikasi tersebut. Kelas seperti ini perlu diadakan lagi supaya mereka berjaya menguasai aplikasi tersebut.

 

 

 

AKTIVITI : MEWARNA KEMERDEKAAN TABIKA KEMAS

 

TARIKH : 24 OGOS 2017

MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 21 ORANG

preview

 

Tujuan 

Aktiviti ini disertai oleh kanak-kanak Tabika Simpang Tiga Tembila. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memperkenalkan serta mendedahkan Pusat Internet 1Malaysia kepada penduduk setempat dan kanak-kanak. Pusat Internet 1Malaysia Kg Tembila mahu mendedahkan kemudahan yang disediakan dan juga memupuk silaturahim bersama penduduk yang berhampiran.

 

Aktiviti

Para peserta diberi sehelai kertas lukisan yang tidak berwarna. Mereka perlu mewarna lukisan tersebut dibantu oleh guru dan sebagainya. Aktiviti ini meningkatkan kemahiran mewarna kanak-kanak dan kreativiti meraka dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Peserta yang berjaya mewarna dengan baik dan cantik akan dapat hadiah yang ditaja oleh PI1M Kg Tembila.

 

 

AKTIVITI : POSTER KEMERDEKAAN

 

TARIKH : 23 OGOS 2017

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 4 ORANG

 preview

 

Tujuan

Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan ialah untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia selain daripada memupuk semangat patriotik. Selain itu, meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta dalam menggunakan Aplikasi Publisher.

 

Aktiviti

Para peserta perlu merekacipta satu poster bertemakan kemerdekaan dengan menggunakan Aplikasi Publisher. Kemahiran peserta diuji apabila perlu menyiapkan dan mencantikkan hasil kerja mereka. Kemahiran memuaturun gambar juga diuji para peserta perlu meletakkan gambar dalam poster mereka.

 

 

 

AKTIVITI : MICROSOFT WORD

 

TARIKH : 22 OGOS 2017

MASA : 10.00 PAGI - 11.00 PAGI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 1 ORANG

preview

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh seorang ahli J3K Kg Tembila. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PI1M serta mempromosi kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar . Selain itu, kelas ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan Microsoft Office.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan laptop sendiri untuk memudahkan beliau mengikuti tugasan atau bimbingan daripada pengendali kelas. Tugasan yang diberikan adalah berperingkat sesuai dengan kemahiran serta pemahaman peserta. Peserta berjaya menguasai kemahiran menaip. Walau bagaimanapun, kemahiran beliau untuk mengenalpasti fungsi masih diperingkat rendah.

 

 

AKTIVITI : GOTONG - ROYONG PI1M KG TEMBILA

 

TARIKH : 18 OGOS 2017

MASA : 9.00 PAGI - 10.00 PAGI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 2 ORANG

preview

 

Tujuan

Akitiviti ini diadakan secara bulanan. Tujuannya adalah untuk memupuk sikap mementingkan kebersihan persekitaran selain daripada mengeratkan hubungan diantara penduduk setempat dengan kakitangan Pusat Internet 1Malaysia Kg Tembila.

 

Aktiviti

Membersihkan kawasan persekitaran PI1M. Tugasan dibahagikan kepada beberapa kawasan iaitu di laman hadapan, laman belakang dan di bersebelahan dengan Tabika Kemas dimana rumput sudah mula panjang

 

 

AKTIVITI : PUZZLE ONLINE

 

TARIKH : 12 OGOS 2017

MASA : 11.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 8 ORANG

preview

 

Tujuan

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memastikan komuniti semakin mahir menggunakan kemudahan yang berasaskan komputer. Selain itu, bagi mengisi masa lapang pelajar pada waktu cuti sekolah.

 

Aktiviti

Para pelajar didedahkan dengan penggunaan komputer serta permainan atas talian (online). Mereka dibimbing dan didedahkan dengan prinsip Klik Dengan Bijak (KDB) supaya menjadi pengguna komputer yang bijak. Para pelajar perlu menyiapkan teka teki (puzzle) dalam bentuk gambar secepat yang boleh. 

 

 

AKTIVITI : APLIKASI PAINT

 

TARIKH : 12 OGOS 2017

MASA : 9.30 PAGI - 10.30 PAGI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 8 ORANG

preview

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosi PI1M sebagai pusat yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan termasuk latihan komputer secara percuma kepada ahli PI1M.

 

Aktiviti 

Para pelajar perlu membuka aplikasi Paint dan melukis berdasarkan arahan yang diberi. Semua nama dan fungsi yang terdapat dalam aplikasi tersebut diperkenalkan kepada mereka. Para pelajar perlu menerokai fungsi yang terdapat di aplikasi Paint untuk menghasilkan gambar yang menarik. Aktiviti ini dapat menarik minat mereka menggunakan kemudahan yang terdapat di PI1M terutamanya komputer.

 

 

 

AKTIVITI : ENGLISH SONGS

 

TARIKH : 5 OGOS 2017

MASA : 11.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 10 ORANG

 preview

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kosa kata Inggeris dalam kalangan cilik serta memberi penerangan mengenai fungsi PI1M dengan lebih mendalam.

 

Aktiviti

Para pelajar akan mengikuti lirik lagu Inggeris yang dipaparkan di skrin. Mereka akan didedahkan dengan kosa kata yang mudah dan senang untuk dipelajari. Sekiranya kata yang diungkapkan salah, mereka akan dibimbing oleh pengendali kelas untuk menyebut perkataan yang betul. Tambahan pula, keyakinan diri para pelajar juga ditingkatkan melalui aktiviti atau program sebegini.

 

 

AKTIVITI : KUIZ MATEMATIK

 

TARIKH : 5 OGOS 2017

MASA : 11.00 PAGI - 1.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 10 ORANG

preview

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu mereka menguasai matematik disamping untuk mendedahkan kepada mereka kemudahan yang terdapat di PI1M Kg Tembila.

 

Aktiviti 

Para pelajar diberi soalan Matematik. Peningkatan kemahiran komunikasi diantara mereka berlaku apabila para pelajar cuba menyelesaikan soalan tersebut disamping memantapkan kemahiran belajar mereka.

 

 

AKTIVITI : PEMBELAJARAN ONLINE

 

TARIKH : 5 OGOS 2017

MASA : 9.00 PAGI - 11.00 PAGI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 10 ORANG

preview

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah untuk mendedahkan kepada mereka kemudahan yang boleh didapati melalui penggunaan internet.

 

Aktiviti

Para pelajar diberi soalan dalam bahasa Inggeris. Mereka perlu menggunakan kemudahan internet untuk menyelesaikan soalan tersebut. 

 

 

AKTIVITI : PENGENALAN KEPADA MICROSOFT EXCEL

TARIKH : 5 OGOS 2017

MASA : 9.00 PAGI - 11.00 PAGI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 10 ORANG

  preview

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kemudahan atau aplikasi yang terdapat didalam komputer. Mereka didedahkan kepada Microsoft Excel supaya dapat menimba ilmu pengetahuan baru serta meningkatkan kemahiran penggunaan Microsoft tersebut.

 

Aktiviti

Para pelajar didedahkan dengan nama serta fungsi yang terdapat dalam aplikasi Microsoft Excel terlebih dahulu. Kemudian pada sesi seterusnya, kemahiran mereka diuji apabila perlu membuat jadual yang lengkap serta menarik.