KG TEMBILA

Kg Tembila terletak di kawasan Kg Raja. Jarak Kg Tembila ke Kg Raja lebih kurang 7 kilometer. Pusat Internet Kg Tembila adalah salah satu pendekatan kerajaan dalam merapatkan jurang digital komuniti luar bandar. Program ini adalah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan TM serta dilaksanakan oleh MSD Digital Intellingence

 

SEPTEMBER 2023

PERKHIDMATAN di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) KG Tembila 

 preview

Tarikh : 27 September 2019

Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan 2019 telah diadakan di PI Kg Tembila, objektif utama adalah untuk melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan, mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti Kampung, agensi, Mpkkk, dan NGO untuk mewujudkan Komuniti sihat serta mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih. Terima kasih kepada semua peserta yang menyertai setiap acara dan pertandingan, pengunjung yang hadir bagi mendapatkan rawatan pemeriksaan kesihatan dan memeriahkan lagi program ini dan tidak lupa juga kepada semua agensi yang turut serta iaitu Klinik Pergigian Sri Medang, Klinik Kesihatan Sri Medang,AADK Besut, Ar Rahnu(YAPIEM) Kg Raja, Farmasi KK Jabi, Azmi Optometriks, Speed Reading dan gerai jualan IKS. 

20190927 092754   20190927 121750

 

Tarikh : 20 Julai 2019

Pusat Internet Kg Tembila telah mengadakan Program Hari Bersama Kouminiti 2019. Program tersebut dijayakan dengan kerjasama agensi jemputan iaitu Klinik Kesihatan Seri Medang, Klinik Desa Kg Tembila, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Besut (AADK),Ar Rahnu(YAPIEM), Koperasi Ummum Wahida Terengganu dan wakil jualan gerai IKS.

67496144 1169211799953207 907448421240012800 n  66979032 2283805118548798 8269380412237676544 n

 

Tarikh : 23 November 2018

Pusat Internet Kg Tembila telah mengadakan Program Jom Sihat Bersama Pusat Internet. Program tersebut dijayakan dengan kerjasama Alieya Fitdance dan juga dari Farmasi Ibnu Sina. 

 preview  preview

 

Tarikh : 6 Julai 2018

Pusat Internet (PI) Kg Tembila telah mengadakan Hari Terbuka atau Hari Bersama Komuniti yang bertempat di perkarangan PI Kg Tembila. JKKK dan KRT Kg Tembila juga turut memberikan kerjasama yang cemerlang apabila bersama-sama menjayakan program tersebut. 

preview  preview

 

Tarikh : 8 Februari 2018

Ahli jawatankuasa Tunas Jiran KRT Pekan Sari Tembila dengan kerjasama pihak PI Kg Tembila telah melangsungkan program Komuniti Bersama ICT yang bertempat di PI Kg Tembila pada tarikh tersebut. Program tersebut berjaya menarik ramai pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah dan belia.

preview  preview

 

Tarikh : 14 Oktober 2017

Penduduk setempat Kg Tembila telah mengadakan Program Asyura. Program tersebut mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada komuniti setempat. Pusat Internet Kg Tembila turut dijemput bersama-sama menjayakan program.

preview  preview

 

Tarikh : 23 September 2017

Pusat Internet Kg Tembila telah mengadakan Hari Dashboard Komuniti. Para pengunjung terdiri daripada penduduk tempatan dan sambutan yang diperolehi sangat meriah.

preview  preview

 

Tarikh : 31 Ogos 2017

Seluruh warga penduduk tempatan Kg Tembila dan pihak PI Kg Tembila telah bekerjasama dalam menjayakan Sambutan Hari Kemerdekaan yang bertempat di Dewan Terbuka Kg Tembila.

 preview  preview

 

Tarikh : 15 Julai 2017

Orang ramai daripada semua golongan telah menyertai Program Hari Dashboard Komuniti 2017 yang dianjurkan oleh PI Kg Tembila.

  

 

Tarikh : 23 Jun 2017

PI kg tembila telah mengadakan program Kemahiran Keusahawanan yang melibatkan komuniti setempat.

  

 

Tarikh : 15 April 2017

PI Kg Tembila telah mengadakan tayangan video klik dengan bijak (KDB), SEBENARNYA.MY, CHECK YOUR LABEL , DAN CYBER GROOMING kepada golongan pelajar sekolah rendah dan menengah.

  

 

Tarikh : 25 Februari 2017

PI Kg Tembila telah mengadakan program Literasi ICT yang melibatkan golongan belia serta masyarakat sekeliling.

252  257

 

Tarikh : Pada 27 Januari 2017

Telah diadakan program gotong-royong bertempat di Pusat Internet Kg Tembila dengan dihadiri oleh komuniti setempat.

  

                           

Tarikh : 29 Disember 2016

Telah berlansungnya Program Dashboard My Health. Program ini telah memberi banyak input kepada pengunjung dan peserta tentang kesihatan dan juga untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

  

 

Tarikh : 29 Oktober 2016

Telah berlansungnya program as- syura di perkarangan masjid Tembila. Komuniti yang hadir adalah dalam 40 orang termasuk JKKK Kg Tembila dan jiran - jiran di sekitarnya.

  

 

Tarikh : 8 oktober 2016

Telah berlangung hari sukan negara bersama komuniti kg tembila. Program tersebut telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada penduduk kg tembila dan kawasan disekitarnya.