BUTIRAN PROGRAM
 TARIKH   17 OKTOBER 2024
 MASA  11:30 AM - 12:30 PM
 LOKASI  SK GONG BAYOR
 PESERTA  200 ORANG

 

TUJUAN

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua pelajar sekolah rendah mengenai isu buli siber, kaedah penggunaan internet yang selamat, dan grooming siber. Petugas NADI akan menerangkan konsep-konsep ini dengan cara yang mudah difahami dan sesuai dengan usia mereka.

AKTIVITI

1. Petugas memperkenalkan NADI sebagai pembuka bagi program di sekolah SK Gong Bayor.

2. Petugas menggunakan alat bantu visual seperti gambar, video pendek, dan animasi untuk membuat taklimat lebih menarik.

3. Petugas dan peserta berbincang tentang keselamatan dalam talian dan di luar talian.

4. Petugas menekankan etika yang betul dalam penggunaan media sosial untuk keselamatan diri.

5. Aktiviti permainan atau kuiz untuk menguji pengetahuan yang telah dipelajari oleh petugas kepada para pelajar.