BUTIRAN PROGRAM
 TARIKH   05 NOVEMBER 2024
 MASA  12.30 PM - 2:00 PM
 LOKASI  SMK JABI
 PESERTA  340 ORANG

 

TUJUAN

Petugas telah melaksanakan program 5 Pillars dan Smart Service sebagai langkah untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan pendidikan kepada pelajar serta komuniti. Taklimat yang diberikan bertujuan untuk memperluas keahlian NADI dan memastikan maklumat yang disampaikan dapat difahami dengan jelas oleh semua peserta.

AKTIVITI

  1. 1. Aktiviti yang melibatkan pendekatan interaktif mengenai keselamatan, seperti cerita yang ditayangkan melalui video, bertujuan untuk menarik perhatian pelajar dalam pembelajaran.

  2. 2. Taklimat disampaikan secara terperinci dan mudah difahami oleh petugas, memastikan pelajar dapat menerima dan menghayati isu yang dibincangkan dengan lebih mendalam.

  3. 3. Perbincangan diadakan antara petugas dan peserta mengenai keselamatan dalam talian dan luar talian, untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang bahaya yang boleh timbul dalam kedua-dua persekitaran tersebut.

  4. 4. Petugas menekankan kepentingan etika penggunaan media sosial bagi menjaga keselamatan diri, terutama di alam maya, supaya pelajar dapat menggunakan platform ini dengan bijak.

  5. 5. Satu sesi kuiz telah dijalankan untuk menguji tahap pemahaman pelajar berkenaan isu yang dibincangkan sepanjang taklimat, seperti buli siber, kempen klik dengan bijak, serta panduan penggunaan internet yang selamat.