BUTIRAN PROGRAM | |
TARIKH | 06 NOVEMBER 2024 |
MASA | 11:30 AM - 1:30 PM |
LOKASI | SK JABI |
PESERTA | 500 ORANG |
Petugas telah melaksanakan inisiatif 5 Pillars dan Smart Service sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan serta pendidikan kepada pelajar dan komuniti. Taklimat yang disampaikan selaras dengan objektif untuk memperluaskan keahlian NADI dan memastikan maklumat yang diberikan sampai dengan efektif.
AKTIVITI
-
1. Aktiviti interaktif mengenai keselamatan, termasuk cerita telah dipersembahkan melalui video oleh petugas untuk menarik minat pelajar.
-
2. Petugas memberikan taklimat yang jelas dan informatif, membantu pelajar untuk lebih memahami isu-isu yang dibincangkan.
-
3. Perbincangan bersama antara petugas dan peserta telah dijalankan mengenai keselamatan dalam talian dan luar talian, untuk
memberikan pemahaman yang lebih menyeluruh. -
4. Penekanan diberikan mengenai etika penggunaan media sosial dengan tujuan untuk menjaga keselamatan diri dalam dunia maya.
-
5. Sesi kuiz diadakan untuk menguji pengetahuan pelajar berkaitan isu-isu yang dibincangkan semasa taklimat, termasuk buli
siber, kempen klik dengan bijak, dan panduan penggunaan internet yang selamat. - 6. Selepas taklimat, semua petugas membuka booth untuk semua guru dan pelajar yang layak bagi membuat saringan kesihatan.