AKTIVITI : ONLINE LEARNING (EGO4U.COM)
TARIKH : 27 OKTOBER 2017
MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 4 ORANG
Tujuan
Kelas ini mempunyai peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Tujuannya ialah untuk memperkenalkan kemudahan yang disediakan di PI1M dan menggunakan kemudahan tersebut untuk keselesaan dan kesenangan para peserta.
Aktiviti
Kelas ini dimulakan dengan pengenalan kepada kosa kata dan "Tenses". Kemudian, para peserta menggunakan laman web Ego4u untuk memudahkan penggunaan "Tenses" mengikut ayat-ayat yang bersesuain. Mereka dipantau dan dibantu oleh staf PI1M. Kelas ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar mengingati pembelajaran di sekolah dan memahirkan mereka dalam penggunaan kosa kata yang betul untuk membina ayat seterusnya dapat menghasilkan karangan yang baik.
AKTIVITI : MENGENALI KOMPUTER (APLIKASI)
TARIKH : 27 OKTOBER 2017
MASA : 10.00 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 1 ORANG
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang wanita. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan di PI1M yang menyediakan kelas IT secara percuma kepada ahli yang berdaftar. Tambahan pula untuk menaik taraf kemahiran dan fikiran masyarakat yang tinggal luar bandar terhadap teknologi komputer.
Aktiviti
Kelas ini dimulakan dengan taklimat berkaitan penggunaan dan penjagaan komputer oleh staf PI1M. Seterusnya adalah penerangan tentang cara-cara membuka aplikasi Microsoft Office, Microsoft Excel. Setelah semua yang diajar berkenaan Microsoft tersebut difahami oleh peserta, beliau perlu membina/ mereka sendiri jadual serta menggunakan semua aplikasi yang terdapat dalam Excel tersebut supaya lebih mahir dan cekap.
AKTIVITI : JOM BELAJAR CODING (ATOM & MAMP)
TARIKH : 26 OKTOBER 2017
MASA : 8.00 PAGI - 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : SMTM 2 ALOR LINTANG
PESERTA : 25 ORANG
Tujuan
Program ini disertai oleh pelajar sekolah menengah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar atau modal ihsan yang berfikiran kreatif dan inovatif seiring dengan teknologi yang semakin berkembang. Selain itu, program ini dapat mempromosikan PI1M kepada mereka.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan sesi taklimat dari Pn Wan Shahida dari jabatan Perpustakaan dan Media. Kemudian para pelajar dibiarkan menyalin semua coding yang berkaitan ke dalam aplikasi yang digelar dengan nama Atom. Kemudian para peserta perlu membuka aplikasi yang lain iaitu Mamp untuk " run " coding yang telah siap. Aplikasi ini sesuai untuk coding yang berdasarkan asas matematik.
AKTIVITI : NEGARAKU @ KOMUNITI PERINGKAT BESUT DAN PROGRAM PEWARIS MUDA NEGARA PERINGKAT TERENGGANU
TARIKH : 21 OKTOBER 2017
MASA : 8.00 PAGI - 2.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN TERBUKA DATO SERI HJ IDRIS BIN JUSOH
PESERTA : 165 ORANG
Tujuan
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan PI1M kepada semua lapisan masyarakat. Selain itu, supaya masyarakat dapat menggunakan segala kemudahan yang disediakan secara optimum seperti perkhidmatan mesin fotokopi, dan pencetak serta penggunaan komputer bagi memudahkan segala urusan.
Aktiviti
Antara aktiviti dimulakan dengan puzzle dashboard, dan pengenalan kepada komputer. Aktiviti ini melahirkan semangat kerjasama diantara ahli kumpulan. Seterusnya ialah meneka rempah, musang berjanggut dan kuiz serta teka silang kata. Majoriti bersemangat untuk menyertai aktiviti yang disediakan.
AKTIVITI : MICROSOFT WORD FOR BEGINNER
TARIKH : 14 OKTOBER 2017
MASA : 11.00 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 8 ORANG
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PI1M kepada masyarakat luar bandar. Tidak ketinggalan juga supaya hubungan masyarakat sekeliling dengan pihak PI1M dapat dieratkan.
Aktiviti
Para pelajar perlu mendengar dan memahami arahan dan tunjuk ajar yang diberikan supaya dapat memahirkan dengan penggunaan komputer. Kemudian, mereka perlu membuka aplikasi Microsoft Word untuk kemahiran menaip. Staf akan membantu dan memantau hasil kerja para peserta. Selain itu, para peserta perlu mempelajari cara untuk menyimpan hasil kerja yang dilakukan.
AKTIVITI : TUTORIAL BAHASA INGGERIS TAHAP 2
TARIKH : 14 OKTOBER 2017
MASA : 9.00 PAGI - 11.00 PAGI
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 5 ORANG
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosi kemudahan yang disediakan di PI1M. Selain itu, tujuan kelas ini adalah juga untuk menambah dan meningkatkan kemahiran dalam bidang akademik selain daripada ICT.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan hafalan vocabulary oleh para pelajar. Kemudian mereka diberi tugasan berbentuk ayat yang tidak lengkap. Mereka perlu melengkapkan tugasan tersebut dengan ayat yang betul.
AKTIVITI : TUTORIAL MATEMATIK TAHAP 1&2
TARIKH : 14 OKTOBER 2017
MASA : 9.00 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 13 ORANG
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan PI1M kepada masyarakat sekeliling supaya dapat menarik lebih ramai pengunjung dan keahlian PI1M. Diharap dengan kelas-kelas ini diadakan dapat menambah bilangan pelajar luar bandar yang mempunyai ilmu dan berdaya saing.
Aktiviti
Kelas ini dibahagikan kepada 2 sesi. Para peserta diberi soalan berdasarkan tahap mereka. Kemudian soalan yang tidak mereka faham akan dibincangkan.
AKTIVITI : PUZZLE ONLINE JIGSAW
TARIKH : 6 OKTOBER 2017
MASA : 10.30 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 6 ORANG
Tujuan
Kelas ini disertai oleh 6 pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan ialah untuk menyebarkan kemudahan yang disediakan oleh pihak PI1M. Selain itu, untuk menaik taraf kemahiran komputer kepada penduduk luar bandar juga merupakan salah satu tujuan kelas seperti ini diadakan.
Aktiviti
Para peserta perlu membuka aplikasi google dan membuka laman puzzle online jigsaw. Peserta dapat membiasakan diri dengan kemudahan ICT dan mengasah kemahiran ICT kerana terdapat peserta yang kekok memegang tetikus dan juga menaip menggunakan keyboard.
AKTIVITI : CROP PICTURES TUTORIAL
TARIKH : 6 OKTOBER 2017
MASA : 9.30 PAGI - 10.30 PAGI
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 6 ORANG
Tujuan
Kelas ini disertai oleh 6 orang pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah untuk memupuk minat mereka terhadap teknologi atau ICT, sekaligus dapat menhebahkan kepada orang ramai tentang kemudahan kelas IT percuma yang disediakan kepada ahli yang berdaftar.
Aktiviti
Para peserta perlu memilih gambar-gambar yang terbaik untuk dimuat turun daripada laman internet. Mereka belajar membuka aplikasi google dan menaip. Untuk peserta kelas ini, hal ini amat bagus dan sesuai bagi mereka kerana mereka tidak mempunyai asas dalam komputer. Seterusnya, para peserta perlu membuka aplikasi Microsoft Office 2010 untuk langkah potong atau crop gambar.
AKTIVITI : APLIKASI MICROSOFT WORD
TARIKH : 2 OKTOBER 2017
MASA : 2.30 PETANG - 3.30 PETANG
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 1 ORANG
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh seorang pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosi kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg Tembila. Di samping itu juga, tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menambah ilmu pelajar yang menyertai.
Aktiviti
Peserta perlu menggunakan aplikasi Microsoft Word untuk memulakan kelas. Kemudian peserta perlu memasukkan gambar yang ingin diperolehi daripada sumber dalam carian google ke dalam Microsoft tersebut. Terdapat dua cara bagi memasukkan gambar tesebut iaitu simpan dan " insert image", dan " print sreen" dan "paste". Peserta boleh menggunakan mana-mana cara atas keselesaan peserta.