AKTIVITI : SPEED TYPING
TARIKH : 26 NOVEMBER 2017
MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 6 ORANG
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosi kemudahan yang disediakan di PI1M terutamanya kelas IT percuma yang disediakan untuk ahli yang berdaftar.
Aktiviti
Para peserta dikendaki menaip ayat-ayat yang ditunjukkan di hadapan kelas. Kelas seperti ini dapat meningkatkan kemahiran IT para peserta.
AKTIVITI : PUZZLE DASHBOARD
TARIKH : 22 NOVEMBER 2017
MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 5 ORANG
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosi kemudahan yang disediakan di PI1M. Selain itu, untuk menarik lebih ramai pengunjung dan pengguna juga merupakan salah satu tujuan kelas seperti ini diadakan.
Aktiviti
Para peserta perlu mencantum kembali kepingan puzzle dashboard.
AKTIVITI : PROGRAM BERSAMA KANAK-KANAK TABIKA KEMAS TEMPINIS
TARIKH : 21 NOVEMBER 2017
MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 5 ORANG
Tujuan
Program ini disertai oleh kanak-kanak Tabika Kemas Tempinis seramai 5 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosi PI1M dan mengeratkan hubungan kemasyarakatan di setempat.
Aktiviti
Program dimulakan dengan taklimat ringkas dan perkenalan PI1M. Kemudian kanak-kanak mempelajari mewarna secara online. Sebelum program berakhir, kanak-kanak dihiburkan dengan tayangan video dan penyampaian hadiah.
AKTIVITI : DESIGN CARD
TARIKH : 16 NOVEMBER 2017
MASA : 3.30 PETANG - 5.30 PETANG
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 10 ORANG
Tujuan
Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengaktifkan kemahiran IT peserta serta menyediakan kemudahan IT secara percuma kepada ahli yang berdaftar.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan ringkas berkenaan Microsoft Office sebelum mereka memilih tema dan mereka cipta kad mereka.
AKTIVITI : PEMERIKSAAN KESIHATAN MY HEALTH
TARIKH : 16 NOVEMBER 2017
MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 13 ORANG
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk mempromosi PI1M dan segala kemudahan yang disediakan termasuk pemeriksaan kesihatan melalui aplikasi MyHealth. Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah.
Aktiviti
Peserta perlu mengetahui berat dan tinggi sebelum log in diaplikasi MyHealth. Kemudian peserta akan memasukkan alamat email mereka untuk masuk kedalam aplikasi tersebut sebelum keputusan kesihatan mereka diperolehi.
AKTIVITI : DESIGN TSHIRT
TARIKH : 12 NOVEMBER 2017
MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 8 ORANG
Tujuan
Kelas ini terdiri daripada 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengulangkaji pembelajaran IT selain untuk mempromosi kemudahan yang disediakan di PI1M.
Aktiviti
Kelas ini dimulakan dengan penerangan simbol dan fungsi yang terdapat di perisian Microsoft Publisher 2010. Kemudian peserta diminta untuk mereka atau design tshirt mengikut kreativiti dan tema masing-masing.
AKTIVITI : BERSAMA TABIKA KEMAS BUKIT TANAH (MEWARNA & TAYANGAN VIDEO)
TARIKH : 9 NOVEMBER 2017
MASA : 9.00 - 11.30 PAGI
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 11 ORANG
Tujuan
Program ini dihadiri oleh pelajar Tabika Kemas Tanah Merah seramai 11 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan segala kemudahan yang terdapat di PI1M dan menjalinkan hubungan yang erat diantara komuniti dan pihak PI1M. Selain itu, adalah untuk mendedahkan kepada pelajar cilik kemudahan teknologi yang semakin maju.
Aktiviti
Program dimulakan dengan sesi berkenalan dan taklimat ringkas. Kemudian, para pelajar mula mewarna pada kertas bergambar yang disediakan oleh pihak PI1M. Seterusnya ialah sesi tayangan video pendek untuk menarik minat pelajar ke PI1M. Sebelum para pelajar berangkat pulang, acara penyampaian hadiah dan sagu hati kepada peserta yang terpilih dan guru Tabika Kemas Tanah Merah.
AKTIVITI : PEMBELAJARAN DALAM TALIAN (MATHS QUIZ)
TARIKH : 4 NOVEMBER 2017
MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 5 ORANG
Tujuan
Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menghebahkan kepada komuniti tentang kemudahan yang disediakan di PI1M. Selain itu, untuk merapatkan jurang diantara komuniti dan pihak PI1M.
Aktiviti
Para pelajar diberi latihan asas matematik. Kemudian langkah-langkah penyelesaian masalah akan diterangkan. Kemudian, mereka diuji dalam talian menerusi laman web Maths Quiz untuk memahirkan dan memantapkan kemahiran matematik.