AKTIVITI : ONLINE BANKING

 

TARIKH : 27 DISEMBER 2017

MASA : 10.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 1 ORANG

preview

 

Tujuan

Mempromosi kelas IT yang disediakan di PI1M untuk ahli yang berdaftar. Melahirkan masyarakat yang celik IT juga merupakan salah satu tujuan kelas seperti ini diadakan.

 

Aktiviti

Peserta diberi penerangan berkenaan kemudahan perbankan atas talian atau dikenali sebagai online banking. Kemudian peserta perlu membuat satu transaksi berdasarkan cara-cara yang telah diajar oleh petugas PI1M.

 

 

AKTIVITI : HANDS ON MY SHOP

 

TARIKH : 27 DISEMBER 2017

MASA : 9.30 PAGI - 10.30 PAGI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 1 ORANG

preview

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah sebagai salah satu langkah mempromosi PI1M kepada masyarakat luar. Selain itu, kelas ini dapat menyampaikan kemudahan yang disediakan di dalam aplikasi Dashboard My Shop kepada usahawan yang terlibat seperti kemudahan platform promosi perniagaan.

 

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan penerangan daripada petugas PI1M berkenaan Dashboard My Shop kepada peserta. Kemudian peserta dikehendaki menggunakan aplikasi My Shop untuk mempromosi perniagaan beliau.

 

 

AKTIVITI : TUTORIAL MOVIE MAKER

 

TARIKH : 24 DISEMBER 2017

MASA : 10.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 3 ORANG

preview

 

Tujuan 

Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah seramai 3 orang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosi kemudahan yang disediakan oleh PI1M seperti kelas IT secara percuma, kemudahan cetakan dan sebagainya untuk kegunaan semua khususnya warga tempatan. Selain itu, untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat tempatan dengan celik IT( peningkatan kemahiran IT) juga merupakan objektif kelas seperti ini diadakan.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan atau pengenalan kepada aplikasi Movie Maker yang terdapat di komputer. Segala keupayaan atau keistimewaan aplikasi tersebut didedahkan kepada mereka. Kemudian para peserta diberi satu folder yang mengandungi gambar untuk digunakan dalam aplikasi Movie Maker. Hal ini untuk memudahkan para peserta untuk mengikuti langkah seterusnya. Mereka amat teruja untuk menggunakan aplikasi tersebut oleh itu, kelas ini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang.

 

 

AKTIVITI : DASHBOARD MY PLACE

 

TARIKH : 23 DISEMBER 2017

MASA : 10.30 PAGI - 11.30 PAGI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 4 ORANG

preview

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk menghebahkan kelebihan aplikasi Dashboard Komuniti My Place kepada penduduk setempat khususnya golongan belia dan pelajar. Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah. Selain itu, untuk meningkatkan penggunaan Dashboard dari kalangan pelajar supaya mereka dapat mengetahui kelebihan dan keistimewaan aplikasi tersebut kepada penduduk setempat serta golongan belia.

 

Aktiviti

Para peserta diminta untuk log masuk ke laman aplikasi Dashboard dengan menggunakan nombor kad pengenalan masing-masing dengan syarat mestilah sudah menjadi ahli. Petugas PI1M memberi penerangan berkaitan kegunaan aplikasi tersebut serta apa yang dapat dilakukan dengan aplikasi Dashboard tersebut. Selain itu, peserta juga boleh mengetahui semua tentang tempat-tempat yang menarik, tempat pelancongan dan sebagainya di laman My place tersebut. Para peserta diminta untuk memuat naik satu kategori di laman My place dengan bantuan petugas PI1M.

 

 

AKTIVITI : MICROSOFT POWERPOINT FOR BEGINNER

 

TARIKH : 15 DISEMBER 2017

MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 2 ORANG

preview

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh pelajar lepasan SPM. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menghebahkan kelas IT secara percuma kepada ahli yang berdaftar sebagai promosi PI1M kepada masyarakat setempat. Selain itu, untuk menambahkan kemahiran pelajar berkaitan penggunaan komputer dan sebagainya dan seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang celik IT.

 

Aktiviti

Peserta diminta untuk menyediakan satu slide yang bertemakan perjalanan hidup diri sendiri. Peserta perlu menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dan kemahiran untuk memuat turun gambar yang sesuai dari laman internet. Petugas PI1M memberi penerangan dan tunjuk ajar cara-cara menghasilkan satu hasil kerja yang menarik. Selain itu, penerangan berkaitan semua fungsi dan simbol yang terdapat dalam perisian tersebut turut diberikan kepada peserta.

 

 

AKTIVITI : MICROSOFT EXCEL FOR BEGINNER

 

TARIKH : 13 DISEMBER 2017

MASA : 11.00 PAGI - 1.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 2 ORANG

preview

 

Tujuan

Kelas ini diadakan dengan tujuan supaya ilmu ICT dapat disampaikan kepada pelajar luar bandar selain mendedahkan kemudahan yang disediakan di PI1M seperti kelas ICT percuma untuk ahli yang berdaftar, kemudahan cetakan dan sebagainya.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar lepasan SPM. Mereka diberi penerangan dan tunjuk ajar berkaitan dengan fungsi serta kelebihan yang dapat dilakukan dengan Microsoft Excel. Walau mereka menunjukkan peningkatan yang baik, namun kelas seperti ini perlu diteruskan lagi supaya mereka tidak mudah lupa dan bertambah kemahiran yang sedia ada.

 

 

AKTIVITI : HANDS ON MY KOMUNITI- KUIZ DASHBOARD DAN MY PLACE

 

TARIKH : 13 DISEMBER 2017

MASA : 10.00 PAGI - 11.00 PAGI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 2 ORANG

preview

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan tambahan ilmu ICT kepada pelajar penduduk setempat disamping dapat mempromosikan segala kemudahan yang disediakan di PI1M.

 

Aktiviti

Mereka diberi peneranagan dan tunjuk ajar berkaitan Dashboard Komuniti. Kemudian dengan tunjuk ajar daripada petugas PI1M, mereka mencuba menjawab kuiz Dashboard. Selepas itu, para peserta diberi pendedahan berkaitan My Place.

 

 

AKTIVITI : ADOBE PHOTOSHOP & MOVIE MAKER

 

TARIKH : 11 DISEMBER 2017

MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 2 ORANG

 preview

 

Tujuan

Tujuan kelas IT diadakan adalah untuk promosi kemudahan yang disediakan di PI1M termasuklah kelas IT secara percuma kepada ahli yang berdaftar selain daripada kemudahan fotostat, pencetak dan sebagainya. Selain itu, supaya para peserta dapat meningkatkan kemahiran IT juga merupakan salah satu tujuan kelas seperti ini diadakan.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar menengah lepasan SPM. Para peserta menggunakan perisian / aplikasi Adobe Photoshop untuk merekacipta logo yang merupakan tugasan utama mereka. Setelah para peserta berjaya menyiapkan logo serta beberapa gambar visual yang menarik, mereka pula menggunakan aplikasi Movie Maker.

 

 

 

AKTIVITI: MEREKACIPTA LOGO

 

TARIKH : 10 DISEMBER 2017

MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 2 ORANG

preview

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kemudahan yang disediakan di PI1M termasuk kelas IT secara percuma kepada ahli yang berdaftar. Selain itu, untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat setempat dalam bidang teknologi / IT juga merupakan sasaran kelas seperti ini diadakan.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar lepasan SPM. Mereka diberi penerangan tentang perisian dan aplikasi yang terdapat di komputer yang disediakan di PI1M. Kemudian, para peserta memilih aplikasi yang sesuai dengan subjek mereka iaitu Microsoft Publisher. Dalam menyiapkan tugasan mereka, mereka juga mempraktikkan kemahiran melayari internet dan memuat turun gambar.

 

 

AKTIVITI : PENGISIAN MAIDAM

 

TARIKH : 9 DISEMBER 2017

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 1 ORANG

preview

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosi kemudahan yang disediakan di PI1M seperti penggunaan komputer percuma satu jam kepada ahli yang berdaftar serta kemudahan cetakan dan fotostat.

 

Aktiviti

Peserta terdiri daripada pelajar lepasan kolej yang ingin memohon peruntukan daripada MAIDAM. Petugas PI1M memberi penerangan serta tunjuk ajar cara-cara yang perlu dilakukan atau disediakan oleh pemohon MAIDAM. Petugas PI1M juga sedia membantu sekiranya diperlukan.