AKTIVITI : MEWARNA ONLINE

 

TARIKH : 20 JANUARI 2018

MASA : 11.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 3 ORANG

preview

 

Tujuan

Kelas ini disertai oleh 3 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI1M iaitu kelas IT secara percuma kepada ahli yang berdaftar kepada masyarakat luar yang masih belum mengetahui kemudahan serta faedah menjadi ahli di PI1M.

 

Aktiviti

Para peserta diberi pendedahan tentang kemudahan internet disamping digunakan untuk bersosial, kemudahan internet juga boleh digunakan sebagai salah satu medim pembelajaran. Kemudian, para peserta diminta untuk mewarna secara atas talian sebagai langkah permulaan untuk mengenal teknologi dalam pembelajaran.

 

 

AKTIVITI : MEMPELAJARI KAMUS ONLINE

 

TARIKH : 20 JANUARI 2018

MASA : 9.30PAGI - 11.00 PAGI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 3 ORANG

preview

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk membantu pelajar  yang menetap luar bandar agar berdaya saing dengan pelajar yang lain sekaligus dapat mempromosi PI1M kepada masyarakat luar.

 

Aktiviti 

Para peserta diberi tunjuk ajar dalam mempelajari teknologi komputer dan cara-cara untuk menggunakannya. Kemudian peserta diminta untuk mencari maksud yang terdapat dalam soalan yang diberikan dengan menggunakan kemudahan internet.

 

 

AKTIVITI : MICROSOFT WORD FOR ENTREPRENEUR

 

TARIKH : 18 JANUARI 2018

MASA : 11.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 1 ORANG

preview

 

Tujuan

Kelas ini disertai oleh seorang wanita. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memantapkan lagi kemahiran serta pemahaman beliau dalam mempelajari Microsoft Word.

 

Aktiviti

Peserta tersebut diberi penerangan dan demontrasi cara-cara menggunakan perisian tersebut. Peserta amat berpuas hati kerana beliau dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam bidang IT.

 

 

AKTIVITI : MICROSOFT EXCEL FOR ENTREPRENEUR

 

TARIKH : 18 JANUARI 2018

MASA : 10.00 PAGI - 11.00 PAGI 

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 1 ORANG

preview

 

Tujuan

Kelas ini disertai oleh wanita dan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam bidang IT serta mempromosi kemudahan di PI1M terutamanya kelas IT secara percuma kepada ahli yang berdaftar.

 

Aktiviti

Kelas ini dikendali oleh pengurus PI1M. Peserta diberi tunjuk ajar dan demontrasi cara-cara menggunakan Microsoft Excel secara optimum. Walaubagaimanapun, peserta masih belum berjaya memahirkan diri oleh itu, kelas akan diadakan lagi pada masa yang akan datang.

 

 

AKTIVITI : TUTORIAL MATEMATIK TAHAP 2

 

TARIKH : 13 JANUARI 2018

MASA : 11.00 PAGI - 1.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 3 ORANG

preview

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan tambahan kepada pelajar sekolah rendah yang menghadiri kelas ini iaitu seramai 3 orang.

 

Aktiviti

Para peserta diberi latihan dan jalan penyelesaian berdasarkan tahap kebolehan mereka menyelesaikan masalah Matematik.

 

 

AKTIVITI : TUTORIAL BAHASA INGGERIS TAHAP 1

 

TARIKH : 13 JANUARI 2018

MASA : 11.00 PAGI - 1.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 2 ORANG

preview

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI1M seperti kelas It , mesin mencetak dan kemudahan fotokopi. Kelas tersebut dihadiri oleh pelajar sekolah rendah seramai 2 orang. Selain itu, untuk menambah kemahiran pelajar luar bandar dalam bidang akademik.

 

Aktiviti

Para peserta diberi latihan dari segi sebutan dan ejaan. Kemudian mereka dikehendaki menyusun ayat dalam Bahasa Inggeris.

 

 

AKTIVITI : TUTORIAL MATEMATIK TAHAP 1

 

TARIKH : 13 JANUARI 2018

MASA : 9.00 PAGI - 11.00 PAGI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : PELAJAR SEK REN (2 ORANG)

preview

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah tahap 1 iaitu dari darjah 2 dan 3. Tujuan kelas ini diadakan ialah untuk menambah kemahiran dalam ilmu kira-kira dalam kalangan masyarakat luar bandar sekaligus dapat melahirkan masyarakat luar bandar yang berilmu.

 

Aktiviti

Para peserta diberi soalan yang senang dan mudah untuk menentukan tahap kebolehan menyelesaikan masalah. Kemudian, petugas PI1M akan memberi soalan mengikut tahap masing-masing dan saling berbincang untuk menyelesaikan masalah kira-kira.

 

 

AKTIVITI : TUTORIAL BAHASA INGGERIS TAHAP 2 

 

TARIKH : 13 JANUARI 2018

MASA : 9.00 PAGI - 11.00 PAGI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 3 ORANG

preview

 

Tujuan

Kelas ini dikendali oleh pengurus PI1M yang dihadiri oleh pelajar sekolah rendah tahap 2 iaitu dari darjah 4, 5 dan 6. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menambah kemahiran peserta dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI1M.

 

Aktiviti

Para peserta diberi latihan dari segi sebutan dan ejaan dalam Bahasa Inggeris. Kemudian, kelas diteruskan dengan mengarang ayat yang lengkap dalam bahasa tersebut dengan bimbingan petugas Pi1M.

 

 

AKTIVITI : E-WASTE

 

TARIKH : 6 JANUARI 2018

MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 11 ORANG

preview

 

Tujuan

Tujuan kelas ini adalah untuk menghebahkan kepada komuniti tentang E-Waste serta mempromosi kemudahan yang disediakan di PI1M. Tambahan pula, supaya peserta dapat mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang sangat bermanfaat seperti menghadiri kelas It yang dijalankan di PI1M kepada ahli yang berdaftarPara peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.

 

Aktiviti

Kelas dimulakan dengan pengenalan kepada E-Waste. Para peserta begitu teruja dengan konsep E-Waste beserta dengan keburukan tidak mengamalkan sistem E-Waste iaitu Recycle, Reuse dan Reduce. Pada akhir kelas, para peserta diminta untuk merekacipta satu poster sederhana bertemakan E-Waste.

 

 

AKTIVITI : KDB- WORD SEARCH

 

TARIKH : 4 JANUARI 2018

MASA : 3.30 PETANG - 5.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 10 ORANG

preview

 

Tujuan

Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosi PI1M kepada masyarakat setempat termasuklah kelas IT tersebut yang dijalankan secara percuma kepada ahli yang berdaftar. selain itu, tujuannya ialah supaya masyarakat ataupun pelajar tersebut dapat menambah ilmu agar dapat menjadi masyarakat celik IT.

 

Aktiviti

Kelas ini dimulakan dengan peringatan adab-adab di kelas dan penerangan tentang aktiviti yang akan dilakukan. Para peserta dapat menimba ilmu tentang Klik Dengan Bijak disamping berhibur dengan word search yang diterangkan oleh petugas.

 

 

AKTIVITI : MY KOMUNITI

 

TARIKH : 4 JANUARI 2018

MASA : 3.00 PETANG - 3.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 5 ORANG

preview

 

Tujuan

Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah menengah seramai 5 orang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI1M seperti mesin pencetak, kelas IT secara percuma dan sebagainya disamping mempromosi Dashboard Komuniti kepada peserta.

 

Aktiviti

Petugas menerangkan Dashboard Komuniti- My Komuniti kepada peserta beserta semua kemudahan yang terdapat di dalam aplikasi tersebut. Kemudian para peserta diminta untuk membuat pengumuman yang sesuai di laman My Komuniti sebagai hebahan kepada pengguna Dashboard Komuniti yang lain.