AKTIVITI : MAJLIS PERASMIAN XPDC MERINTIS JALAN KG KERUAK KE LATA REK (KUALA KRAI)
TARIKH : 24 FEBRUARI 2018
MASA : 8.00 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT : PERKARANGAN PI1M KG KERUAK
Tujuan
Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mempromosi kemudahan PI1M, mengeratkan hubungan antara semua agensi yang terlibat dan juga diantara masyarakat setempat.
Aktiviti
Program dimulakan dengan taklimat berkenaan program tersebut kepada peserta. Kemudian, aktiviti mewarna, puzzle, untuk semua golongan serta musang berjanggut, sambung titik dan maze cekap minda. Program berakhir dengan aktiviti pemeriksaan kesihatan Ihealth.
AKTIVITI : POSTER SEMPENA TAHUN BARU CINA
TARIKH : 15 FEBRUARI 2018
MASA : 11.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 8 ORANG
Tujuan
Tujuan kelas ini adalah untuk menyampaikan ilmu IT kepada pelajar luar bandar disamping mempromosi kemudahan yang disediakan di PI1M.
Aktiviti
Kelas dimulakan dengan penerangan tentang perisian Microsoft Publisher yang akan digunakan untuk membuat poster sempena Tahun Baru Cina. Kemudian para peserta diajar untuk meletakkan gambar di dalam perisian tersebut.
AKTIVITI : DASHBOARD MY KOMUNITI, MY SHOP & MY PLACE
TARIKH : 15 FEBRUARI 2018
MASA : 10.00 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 8 ORANG
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan website Dashboard kepada golongan pelajar sekolah.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan tentang fungsi website Dashboard serta kandungannya. Kemudian para peserta diberi tunjuk ajar cara-cara membuat pengumuman di laman laman My Komuniti. Seterusnya, mereka didedahkan dengan laman My Shop serta My Place.
AKTIVITI : BASIC TYPING MICROSOFT WORD
TARIKH : 12 FEBRUARI 2018
MASA : 11.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 1 ORANG
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam bidang IT disamping untuk menghebahkan kemudahan yang disediakan di PI1M kepada orang ramai.
Aktiviti
Peserta diberi panduan dan penerangan berkenaan perinsian Microsoft Word. Kemudian, peserta dikehendaki menyiapkan tugasan yang diberi.
AKTIVITI : JOM BELAJAR MENAIP MICROSOFT WORD
TARIKH : 10 FEBRUARI 2018
MASA : 11.00 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 2 ORANG
Tujuan
Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah seramai 2 orang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan PI1M kepada masyarakat sekeliling.
Aktiviti
Para peserta diberi satu karangan dalam bahasa Inggeris dan dikehendaki untuk menyalin balik ke dalam perisian Microsoft Word.
AKTIVITI : KELAS BIMBINGAN MATEMATIK TAHAP 1 & 2
TARIKH : 10 FEBRUARI 2018
MASA : 9.30 PAGI - 12.30 PAGI
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 7 ORANG
Tujuan
Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah seramai 8 orang untuk 2 sesi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI1M.
Aktiviti
Para pelajar diberi soalan berdasarkan tahap pemahaman mereka dan kemudian soalan yang sukar untuk diselesaikan akan dibincangkan bersama.
AKTIVITI : PROGRAM BERSAMA KRT TUNAS JIRAN PEKAN SARI TEMBILA
TARIKH : 8 FEBRUARI 2018
MASA : 2.30 PETANG - 6.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 44 ORANG
Tujuan
Program ini disertai oleh pelajar sekolah rendah, menengah, lepasan sekolah, belia dan wanita. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membina satu hubungan yang mesra diantara pihak PI1M dan masyarakat disekeliling.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan tentang peranan dan fungsi PI1M. Kemudian, program diteruskan dengan tayangan video animasi, Klik Dengan Bijak, Cyber Bulliying, Cyber Grooming dan Stalking. Tayangan video ini dapat memberi input yang baik kepada para peserta. Kemudian, program diteruskan dengan Hand on Dashboard Komuniti dan sebagai pengakhiran aktiviti, para peserta berhibur dengan kuiz Kahoot.IT.
AKTIVITI : ICT BERSAMA CILIK
TARIKH : 8 FEBRUARI 2018
MASA : 10.00 PAGI - 11.00 PAGI
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 18 ORANG
Tujuan
Program ini disertai oleh kanak-kanak dari Tabika Kemas Simpang Tiga Tembila seramai 18 orang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan satu hubungan kerjasama diantara pihak PI1M dengan Tabika Kemas selain daripada untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI1M.
Aktiviti
Para peserta diberi penerangan secara ringkas berkenaan kemudahan di PI1M serta peranan dan fungsi PI1M. Kemudian, mereka disajikan dengan tayangan video yang sesuai dengan peringkat kemahiran dan pemahaman peserta.
AKTIVITI : TUTORIAL MATEMATIK
TARIKH : 3 FEBRUARI 2018
MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 8 ORANG
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah seramai 8 orang. Tujuan kelas ini diadakan ialah selain daripada untuk memperkenalkan Pi1M kepada masyarakat ia juga untuk melahirkan lebih ramai pelajar luar bandar yang berdaya saing dari segi IT dan akademik.
Aktiviti
Para pelajar diberi soalan peperiksaan. Selepas diberi masa untuk menyiapkan jawapan, langkah-langkah untuk menyelesaikan soalan matematik akan diberi kepada mereka melalui perbincangan.
AKTIVITI : SPEED TYPING
TARIKH : 1 FEBRUARI 2018
MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA
PESERTA : 5 ORANG
Tujuan
Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah seramai 5 orang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosi PI1M dari segi kemudahan internet, mesin cetakan dan juga kelas IT secara percuma kepada ahli yang berdaftar. Selain itu, untuk melahirkan pelajar luar bandar yang celik IT.
Aktiviti
Para peserta diberi satu ayat yang telah diubah supaya menjadi lebih menarik dan mencabar untuk mereka salin balik dengan menggunakan Microsoft Word.