AKTIVITI : MANFAAT CUTI SEKOLAH

 TARIKH : 24 MAC 2018

 MASA : 9.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI

 TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

 PESERTA : 7 ORANG

 

Tujuan

Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengisi masa terluang pelajar dengan perkara yang berfaedah seperti mengulang kaji pelajaran dengan kuiz disamping dapat memperkenalkan kepada mereka kemudahan yang terdapat di PI1M.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Mereka dikehendaki mengikuti arahan dan bimbingan yang diberikan oleh staf PI1M.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : MY VIDEO WITH MOVIE MAKER

 TARIKH : 23 MAC 2018

 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

 TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

 PESERTA : 4 ORANG

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi input baru seperti aplikasi dan perisian yang menarik untuk digunakan kepada peserta selain daripada menyediakan kelas IT secara percuma kepada ahli yang berdaftar.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang menetap diluar bandar. Mereka dikehendaki untuk mereka video yang menarik dengan menggunakan aplikasi Movie Maker.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : TUTORIAL PENGISIAN UPU ONLINE

 TARIKH : 21 MAC 2018

 MASA : 10.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI

 TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

 PESERTA : 2 ORANG

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk lepasan sekolah untuk meningkatkan kemahiran peserta sebagai salah satu persediaan mereka ke alam pembelajaran yang lebih jauh.

 

Aktiviti

Peserta diberi tunjuk ajar dalam pengisian UPU oleh staf PI1M.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : TUTORIAL ORIGAMI MELALUI YOUTUBE

 TARIKH : 21 MAC 2018

 MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

 TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

 PESERTA : 7 ORANG

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar luar bandar kepada kemudahan teknologi masa kini.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka dikehendaki untuk membuat origami dengan menggunakan kertas warna yang disediakan dan melalui tutorial daripada YouTube.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : JOM SIHAT (GOTONG ROYONG)

 TARIKH : 19 MAC 2018

 MASA : 2.00 PETANG - 4.00 PETANG

 TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

 PESERTA : 8 ORANG

 

Tujuan

Sebagai salah satu alternatif untuk mempromosi PI1M kepada masayarakat setempat. Ia juga sebagai salah satu cara untuk memupuk sifat mencintai kebersihan didalam diri.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka bersama-sama dengan staf PI1M membersih kawasan PI1M untuk keselesaan bersama.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : TUTORIAL CUT & CHANGE BACKGROUND

 TARIKH : 18 MAC 2018

 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

 TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

 PESERTA : 5 ORANG

 

 Tujuan

Sebagai platform pelajar luar bandar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam bidang IT terutama aplikasi atau perisian yang terdapat di masa kini.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Para peserta diberi maklumat dan pendedahan berkaitan Adobe photoshop. Kemudian mereka diberi tunjuk ajar untuk membuat atau mengubah beberapa keping gambar dengan menggunakan aplikasi tersebut.

Gambar Disini

 

  

 AKTIVITI : DASHBOARD KOMUNITI (MY SOAL)

 TARIKH : 18 MAC 2018

 MASA : 2.30 PETANG - 3.00 PETANG

 TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

 PESERTA : 5 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosi Dashboard Komunti My Soal kepada pengunjung PI1M selain daripada mempromosi kemudahan yang disediakan seperti mesin cetakan dan fotostat.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Para peserta diterangkan fungsi kegunaan dan kelebihan Dashboard. 

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : PENGENALAN KEPADA MICROSOFT WORD

 TARIKH : 17 MAC 2018

 MASA : 11.30 PAGI - 12.00 TENGAHARI

 TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

 PESERTA : 5 ORANG

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap kemahiran pelajar luar bandar menggunakan software yang terdapat di dalam komputer.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang menetap di luar bandar. Mereka diperkenalkan dengan software Microsoft Word 2010 serta cara-cara menggunakannya. Memandangkan kelas ini diadakan semasa cuti sekolah, mereka dikehendaki menaip satu cerita berkenan diri mereka. Mereka dapat meningkatkan kemahiran menaip serta berfikir mencari idea untuk melengkapkan cerita mereka.

Gambar Disini

 

 

 

 AKTIVITI : PENGENALAN KEPADA KOMPUTER

 TARIKH : 17 MAC 2018

 MASA : 11.00 PAGI - 11.30 PAGI

 TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

 PESERTA : 5 ORANG

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar luar bandar berkaitan IT iaitu komputer, software, aplikasi, internet dan sebagainya.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menetap di luar bandar. Para peserta diperkenalkan dengan perkakasan komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus dan sebagainya. Mereka juga diterangkan cara-cara menggunakan serta fungsi perkakasan tersebut.

Gambar Disini

 

 

  AKTIVITI : PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP CS6

 TARIKH : 16 MAC 2018

 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

 TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

 PESERTA : 6 ORANG

 

Tujuan

Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosi dan memperkenalkan kepada masyarakat tentang kemudahan yang disediakan untuk ahli yang berdaftar iaitu kelas IT secara percuma.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan tentang kegunaan atau kelebihan software Adobe tersebut. Kemudian mereka didedahkan dengan simbol dan fungsi yang terdapat di dalam software tersebut. Para peserta ingin untuk mencuba sendiri edit gambar dan sebagainya melalui software tersebut.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : KARNIVAL SEHARI BERSAMAMU

TARIKH : 8 MAC 2018

MASA : 2.30 PETANG - 5.30 PETANG

TEMPAT : TAPAK PASAR PAGI, KG PEKAN SARI TEMBILA

PESERTA : 26 ORANG

 

Tujuan

Program ini dianjurkan oleh KRT dan J3K Kg Pekan Sari. Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk merapatkan jurang diantara masyarakat di sini serta untuk melahirkan masyarakat yang aktif serta meningkatkan kemahiran dari segi pergaulan. Walaubagaimanapun, pihak PI1M dijemput untuk bersama-sama menjayakan program tersebut.

 

Aktiviti

Program disertai oleh pelajar sekolah rendah, menengah, golongan belia, wanita serta lain-lain. Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan taklimat ringkas. Antara aktiviti yang diadakan ialah musang berjanggut, teka silang kata, maze, kuiz perkakasan komputer, word search dan pemeriksaan kesihatan (IHealth).

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : TUTORIAL MATEMATIK

TARIKH : 3 MAC 2018

 MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI

TEMPAT : PI1M KG TEMBILA

PESERTA : 8 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini ialah untuk melahirkan pelajar luar bandar yang dapat bersaing dengan pelajar bandar bukan sahaja dari segi bidang IT namun juga dalam bidang akademik selain untuk mempromosi kemudahan PI1M kepada semua golongan masyarakat.

 

Aktiviti

Para pelajar terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Mereka diberi soalan yang bersesuaian dengan tahap masing-masing. Kemudian, soalan yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka akan dibincangkan bersama.

Gambar Disini