AKTIVITI : MEWARNA & PUZZLE ONLINE

TARIKH : 27 MEI 2018

MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 3 ORANG

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar atau kanak-kanak luar bandar menggunakan teknologi yang ada untuk meningkatkan kemahiran dan taraf hidup mereka ke peringkat yang lebih maju.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Mereka diberi penerangan tentang setiap fungsi yang ada untuk menggunakan komputer oleh petugas PI1M. Mereka dikehendaki untuk membuka laman web permainan pendidikan mewarna & puzzle online.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : POP KUIZ KAHOOT.IT

TARIKH : 25 MEI 2018

MASA : 2.45 PETANG - 4.45 PETANG

PESERTA : 7 ORANG

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI1M disamping dapat menggeratkan hubungan diantara petugas PI1M dengan masyarakat sekeliling terutama dalam kalangan belia dan pelajar.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Para peserta dihendaki membuka laman Kahoot dan mengikuti langkah-langkah yang diterangkan oleh petugas PI1M. Kemudian para peserta perlu menjawab soalan dengan pantas dan tepat.

 Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : PENGENALAN KEPADA LAMAN WEB

TARIKH : 24 MEI 2018

MASA : 3.30 PETANG - 4.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 2 ORANG

 

Tujuan

 Kelas ini disertai oleh lepasan sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu peserta dalam meningkatkan kemahiran menggunakan teknologi yang semakin maju.

 

Aktiviti

Para peserta diberi bimbingan dan tunjuk ajar oleh petugas PI1M.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : SUNTINGAN IMEJ (ASAS)

TARIKH : 20 MEI 2018

MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 3 ORANG

 

Tujuan

Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah menengah. Kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan asas suntingan imej kepada peserta yang mana merupakan pelajar luar bandar. Selain itu, dapat mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI1M kepada masyarakat setempat.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan tentang perisian Adobe Photoshop CS6. Kemudian mereka diberi masa untuk mencuba melakukan suntingan imej mengikut kreativiti masin-masing 

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : MEWARNA BERSAMA KANAK-KANAK TABIKA

TARIKH : 16 MEI 2018

MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 18 ORANG

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk membina jalingan kerjasama dengan pihak Tabika Kemas dalam melakukan program atau aktiviti. Selain itu, aktiviti seperti ini dapat mempromosikan segala kemudahan yang disediakan di PI1M.

 

Aktiviti

Peserta cilik diberi taklimat ringkas dan pengenalan tentang kemudahan yang disediakan di PI1M. Kemudian mereka diberi sehelai kertas untuk aktiviti mewarna.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : CREATE GOOGLE ACCOUNT (GMAIL)

TARIKH : 15 MEI 2018

MASA : 3.30 PETANG - 5.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 5 ORANG 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk membantu masyarakat luar bandar terutamanya pelajar untuk meningkatkan kemahiran IT sekaligus dapat mempromosi kemudahan yang disediakan di PI1M.

 

Aktiviti

Kelas tersebut disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta diberi penerangan tentang kemudahan Gmail / emel. Kemudian, peserta dikehendaki untuk mengikuti setiap langkah yang ditunjukkan oleh petugas PI1M bagi memudahkan merekacipta akaun google / gmail.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : DASHBOARD MY KOMUNITI

TARIKH : 15 MEI 2018

MASA : 2.30 PETANG - 3.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 6 ORANG

 

Tujuan

Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan petugas PI1M menjalankan kelas tersebut adalah untuk memperkenalkan masyarakat luar bandar kepada aplikasi Dashboard Komuniti.

 

Aktiviti

Para peserta diberi penerangan tentang kemudahan aplikasi tersebut serta cara-cara menggunakannya. Kemudian mereka dikehendaki membuat pengumuman sempena Ramadhan dan Hari Guru dengan menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti. Para peserta diberi tunjuk ajar untuk memuat turun gambar yang menarik dari laman internet untuk dilampirkan kedalam pengumuman peserta.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : PEMBELAJARAN ASAS MICROSOFT WORD

TARIKH : 14 MEI 2018

MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 2 ORANG

 

Tujuan

Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar dalam menguasai kemahiran dalam menggunakan perisian Microsoft Word.

 

Aktiviti

Para peserta dikehendaki menggunakan perisian Microsoft Word untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh petugas PI1M. Mereka diberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : MEREKACIPTA POSTER SEMPENA RAMADHAN & HARI GURU

TARIKH : 8 MEI 2019

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 7 ORANG

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menyediakan platform kepada kanak-kanak luar bandar untuk menerokai kemudahan teknologi komputer serta perisian yang terdapat dalam komputer.

 

Aktiviti

Peserta menggunakan perisian Microsoft Publisher untuk menghasilkan poster mereka. Petugas PI1M menerangan cara-cara menggunakan perisian tersebut. Disamping peserta dapat meningkatkan kemahiran menggunakan perisian tersebut, mereka juga dapat belajar cara-cara memuat turun gambar dari laman internet untuk diletakkan dalam poster mereka.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : TUTORIAL MATEMATIK 

TARIKH : 5 MEI 2018

MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI

TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG TEMBILA

PESERTA : 5 ORANG

 

Tujuan

Kelas ini disertai oleh pelajar sekolah rendah luar bandar. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempromosikan PI1M dari segi kemudahan yang disediakan seperti tempat untuk belajar bukan sahaja dari segi teknologi bahkan juga dari segi akademik.

 

Aktiviti

Para peserta diberi latihan subjek Matematik mengikut tahap kemahiran masing-masing dan dikehendaki menyiapkan latihan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Para peserta dapat mengulangkaji pelajaran di tempat yang selesa dan dapat dibimbing oleh petugas PI1M.

Gambar Disini