AKTIVITI : SPEED TYPING CONTEST TARIKH : 29 JUN 2018 MASA : 4.00 PETANG - 5.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 9 ORANG |
Tujuan
Untuk menarik minat pelajar luar bandar belajar kemahiran asas dalam Microsoft Word. Selain itu, bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan asas dalam bidang IT dalam kalangan pelajar.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada kalangan belia, pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka perlu menggunakan Microsoft Word untuk menaip ayat yang diberikan oleh petugas PI. Di samping itu, peserta juga perlu memuat turun gambar yang sama dengan petugas PI dari laman internet. Para peserta dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan Microsoft Word dan juga dalam memuat turun gambar.
AKTIVITI : KEMAHIRAN ASAS MICROSOFT EXCEL TARIKH : 28 JUN 2018 MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 7 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan asas tentang Microsoft Excel kepada pelajar. Selain itu, untuk mempromosi kelas IT secara percuma kepada ahli yang berdaftar.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah. Mereka diberi taklimat ringkas tentang kegunaan Microsoft tersebut. Kemudian para peserta dikehendaki untuk membina jadual dengan mengikuti setiap langkah yang ditunjukkan oleh petugas PI. Kemahiran peserta amat lemah dalam menguasai Microsoft Excel. Para peserta berminat untuk menyertai kelas seperti ini lagi.
AKTIVITI : PENYEDIAAN SLIDE PERBENTANGAN MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT TARIKH : 28 JUN 2018 MASA : 3.30 PETANG - 5.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran Microsoft dalam kalangan pelajar luar bandar disamping untuk menarik minat masyarakat untuk berkunjung ke Pusat Internet.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Mereka menggunakan Microsoft Powerpoint untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan bimbingan daripada petugas PI.
AKTIVITI : PERMAINAN PENDIDIKAN TARIKH : 23 JUN 2018 MASA : 10.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 7 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar luar bandar untuk menggunakan komputer dan mengunjungi PI Kg Tembila
Aktiviti
Para peserta menggunakan laman web permainanan pendidikan seperti Uptoten, Coloring pages4u dan Jigsaw online. Mereka diberi tunjuk ajar dan bimbingan oleh petugas pusat internet.
AKTIVITI : KAD RAYA KREATIF 2018 TARIKH : 7 JUN 2018 MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 11 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memeriahkan persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 diantara pengunjung setia dalam kalangan pelajar. Disamping itu, untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI Kg Tembila.
Aktiviti
Para peserta dikehendaki menyiapkan kad raya dengan menggunakan Microsoft Publisher. Mereka dibantu oleh petugas PI Kg Tembila.
AKTIVITI : MICROSOFT POWERPOINT FOR BEGINNER TARIKH : 6 JUN 2018 MASA : 3.00 PETANG - 4.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
Tujuan
Untuk meningkatkan kemahiran dan pemahaman pelajar dalam penggunaan Microsoft tersebut.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Para peserta diberi penerangan dan fungsi Microsoft tersebut oleh petugas PI Kg Tembila. Mereka juga didedahkan dengan kemahiran untuk memuat turun gambar melalui laman internet. Mereka perlu menyiapkan tugasan yang diberikan yang bertemakan cita-cita dan impian mereka.
AKTIVITI : MY KOMUNITI TARIKH : 6 JUN 2018 MASA : 2.30 PETANG - 3.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk mempromosi Dashboard My Komuniti untuk masyarakat setempat terutama dalam kalangan pelajar.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka dikehendaki untuk membuka laman web Dashboard dan mengikuti langkah-langkah yang diajar oleh petugas PI Kg Tembila
AKTIVITI : KURSUS ASAS E-REZEKI TARIKH : 3 JUN 2018 MASA : 11.00 PAGI - 2.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan
Bertujuan untuk membantu golongan belia dalam menambah pendapatan sampingan dengan menggunakan kemudahan yang disediakan di PI1M.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada golongan belia dan merupakan pelajar kolej. Mereka diberi taklimat dan penerangan tentang konsep E-rezeki.
AKTIVITI : RAMADHAN KAREEM TARIKH : 1 JUN 2018 MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar setempat untuk menggunakan teknologi seperti penggunaan komputer dan laman web dalam kehidupan seharian supaya tidak ketinggalan kerana dunia semakin maju.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi penerangan tentang Microsoft PowerPoint dan diajar langkah-langkah untuk menggunakan aplikasi tersebut dalam aktiviti Ramadhan Kareem.