AKTIVITI : MEREKA CIPTA POSTER SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA TARIKH : 21 OGOS 2018 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 9 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk mempromosi kelas IT secara percuma kepada semua ahli yang berdaftar dengan Pusat Internet.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Mereka diberi taklimat ringkas mengenai tugasan yang perlu dilakukan dengan menggunakan perisian Microsoft Publisher. Para peserta perlu belajar untuk menggunakan Microsoft Publisher, cara memuat turun gambar dari laman internet, dan menggunakan kreativiti masing-masing untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
AKTIVITI : DASHBOARD MY KOMUNITI TARIKH : 19 OGOS 2018 MASA : 10.00 PAGI - 11.00 PAGI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 11 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk menggalakkan peserta serta pengguna sentiasa menggunakan aplikasi Dashboard samada di laman My Komuniti, My Shop, My Soal dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat terkini.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Para peserta diberi pendedahan oleh petugas PI tentang kegunaan aplikasi Dashboard Komuniti. Mereka dikehendaki membuat pengumuman tentang isu semasa iaitu cuti sekolah dengan menggunakan Dashboard My Komuniti. Para peserta juga diberi tunjuk ajar untuk memuat turun gambar yang berkaitan untuk mencantikkan pengumuman mereka.
AKTIVITI : PERMAINAN PENDIDIKAN DALAM TALIAN TARIKH : 18 OGOS 2018 MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk menarik minat pelajar luar bandar untuk mendekati dan menggunakan teknologi yang disediakan di PI.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Mereka dikehendaki menghidupkan komputer dan seterusnya membuka laman permainan pendidikan (Permainan.Co.Id) dengan menggunakan aplikasi Google. Dengan bimbingan petugas, peserta memilih permainan mengikut minat dan tahap masing-masing.
AKTIVITI : PENDAFTARAN DALAM TALIAN PERBANKAN BSN TARIKH : 17 OGOS 2018 MASA : 11.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta untuk meningkatkan kemahiran ICT dalam perbankan dalam talian. Disamping itu juga, dapat mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI iaitu kelas IT secara percuma untuk ahli yang berdaftar.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada golongan wanita. Petugas PI memberi tunjuk ajar dalam melakukan pendaftaran dalam talian perbankan BSN. Peserta seterusnya mencuba mengakses masuk untuk kali pertama dan melengkapkan maklumat diri di bahagian profile. Peserta berasa puas hati dengan kelas dan tunjuk ajar yang diberikan.
AKTIVITI : MEWARNA KEMERDEKAAN TARIKH : 16 OGOS 2018 MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI TEMPAT : TABIKA KEMAS SIMPANG TIGA KG TEMBILA PESERTA :14 ORANG |
Tujuan
Program mewarna kemerdekaan diadakan dengan kerjasama dari pihak Tabika Kemas Simpang Tiga Kg Tembila dengan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta tentang Kemerdekaan dan juga IT.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada kanak-kanak cilik pelajar Tabika Kemas tersebut. Para peserta perlu mewarna gambar bendera Malaysia dengan cantik dan kreatif.
AKTIVITI : KELAS KEUSAHAWANAN E-REZEKI TARIKH : 16 OGOS 2018 MASA : 10.00 PAGI - 1.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan asas E-rezeki kepada golongan belia.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada golongan belia dan pelajar universiti. Petugas PI memberi taklimat dan pendedahan tentang E-rezeki. Peserta melakukan pendaftaran dalam talian dan seterusnya melengkapkan maklumat diri di laman profile E-rezeki. Kemudian peserta meneliti pilihan kerja atau tugasan yang disediakan untuk dipadankan dengan kemahiran masing-masing.
AKTIVITI : LATIHAN ASAS E-REZEKI TARIKH : 11 OGOS 2018 MASA : 10.00 PAGI - 1.00 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan
Kelas E-rezeki bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang platform yang disediakan untuk kemudahan mencari pendapatan sampingan secara atas talian (online). Selain itu juga, dapat mempromosi kemudahan PI kepada masyarakat sekeliling.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada golongan belia iaitu pelajar universiti dan kolej. Petugas PI memberi informasi dan gambaran berkenaan E-rezeki secara terperinci. Kemudian, para peserta mendaftar secara atas talian dilaman web rasmi E-rezeki. Para peserta teruja untuk mencuba mencari rezeki dengan menggunakan platform tersebut.
AKTIVITI : LATIHAN MICROSOFT EXCEL (JADUAL KELAS) TARIKH : 9 OGOS 2018 MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 8 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan asas Microsoft Excel kepada golongan pelajar sekolah rendah luar bandar.
Aktiviti
Para peserta diberi pendedahan asas tentang kelebihan dan kegunaan Microsoft tersebut. Mereka dikehendaki membina jadual kelas berdasarkan contoh yang petugas PI sediakan.
AKTIVITI : PENGENALAN KEPADA INTERNET TARIKH : 7 OGOS 2018 MASA : 4.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 3 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memupuk minat pelajar dalam menggunakan kemudahan IT yang disediakan di PI untuk kegunaan pelajaran sekolah seperti mencari maklumat di dalam laman internet.
Aktiviti
Para peserta menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan matapelajaran peserta.
AKTIVITI : LATIHAN ASAS E-REZEKI TARIKH : 7 OGOS 2018 MASA : 10.00 PAGI - 1.00 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas keusahawan ini diadakan adalah untuk memberi bimbingan kepada peserta untuk mempelajari perkara asas dalam keusahawanan secara atas talian atau dikenali sebagai E-rezeki.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar Universiti serta belia. Kelas dimulakan dengan sesi taklimat ringkas daripada petugas PI. Kemudian, sesi pendaftaran secara atas talian dan seterusnya peserta menerokai web E-rezeki.
AKTIVITI : TUTORIAL MATEMATIK PELAJAR UPSR TARIKH : 6 OGOS 2018 MASA : 4.30 PETANG - 5.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan tambahan subjek Matematik dalam kalangan pelajar sekolah rendah.
Aktiviti
Peserta diminta untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Peserta dapat menyiapkan tugasan tersebut dengan kerjasama petugas PI.