AKTIVITI : HANDS ON MY KOMUNITI DAN MY SOAL

TARIKH : 29 SEPTEMBER 2018

MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 10 ORANG

 

Tujuan

Untuk memperkenalkan dan membiasakan aplikasi Dashboard Komuniti kepada pengguna komputer dan pelanggan PI.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi taklimat dan tunjuk ajar untuk menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti dan My Soal.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : KUIZ KAHOOT MENGENAI SEJARAH MALAYSIA DAN MENEKA LOGO

TARIKH : 21 SEPTEMBER 2018

MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 10 ORANG

 

Tujuan

Untuk memberi pengalaman dan pembelajaran kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dalam menggunakan kemudahan teknologi komputer disamping dapat menimba ilmu baru.

 

Aktiviti

Para peserta diberi taklimat dan tunjuk ajar cara-cara menyertai kuiz kahoot. Para peserta dikehendaki menjawab kuiz tersebut dengan cepat dan tepat. Keseronokan menyertai kuiz dan menimba ilmu baru dapat dilihat di wajah peserta.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : PENGENDALIAN PEPERIKSAAN ONLINE SPA NEGERI TERENGGANU

TARIKH : 20 SEPTEMBER 2018

MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 3 ORANG

 

Tujuan

Menyediakan kemudahan mengakses maklumat dan sebagainya kepada komuniti setempat. Selain itu, dapat mempromosi kemudahan lain yang disediakan seperti mesin pencetak, laminate dan fotostat.

 

Aktiviti

Peserta terdiri daripada golongan belia. Peserta menggunakan kemudahan Pusat Internet untuk mengakses laman web SPA bagi tujuan menjalani peperiksaan SPA negeri Terengganu.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : LATIHAN ASAS E-REZEKI

TARIKH : 19 SEPTEMBER 2018

MASA : 11.00 PAGI - 1.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 2 ORANG

 

Tujuan

Sebagai salah satu alternatif untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI dan mempromosikan platform E-rezeki kepada masyarakat setempat.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada golongan belia. Mereka diberi taklimat ringkas berkenaan dengan E-rezeki oleh petugas PI.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : MEREKACIPTA POSTER HARI MALAYSIA

TARIKH : 7 SEPTEMBER 2018

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 10 ORANG

 

Tujuan

Mengadakan kelas ICT secara percuma kepada ahli yang berdaftar disamping dapat mempromosi kemudahan yang disediakan di PI Kg Tembila.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta diberi taklimat ringkas berkenaan perisian Adobe Photoshop. Kemudian mereka dikehendaki merekacipta poster dengan menggunakan perisian tersebut.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : TUTORIAL BAHASA INGGERIS

TARIKH : 7 SEPTEMBER 2018

MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 2 ORANG

 

Tujuan

Membantu pelajar-pelajar luar bandar yang bakal menduduki ujian UPSR.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Peserta diberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyelesaikan soalan dan tugasan yang diberikan. Para peserta juga diberikan ruang untuk bertanya dan berbincang supaya soalan dapat diselesaikan dengan baik dan cemerlang.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : TUTORIAL MATEMATIK

TARIKH : 6 SEPTEMBER 2018

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 2 ORANG

 

Tujuan

Membantu pelajar -pelajar yang bakal menduduki ujian UPSR.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Peserta diberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyelesaikan soalan dan tugasan yang diberikan.

Gambar Disini

 

 

 AKTIVITI : KEMAHIRAN ASAS MICROSOFT WORD

TARIKH : 4 SEPTEMBER 2018

MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG 

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 1 ORANG

 

Tujuan

Kelas kemahiran asas Microsoft Word diadakan untuk membantu pelajar luar bandar dalam menggunakan kemudahan teknologi masa kini khususnya dalam kategori menaip.

 

Aktiviti

Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Peserta diberi tunjuk ajar dalam menggunakan perisian Microsoft Word seperti cara -cara untuk menaip, memasukkan gambar, membina jadual, menggunakan bentuk dan sebagainya.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : BENGKEL ASAS MICROSOFT OFFICE BERSAMA JIRAN MUDA KRT DAERAH BESUT

TARIKH : 1 SEPTEMBER 2018

MASA : 9.00 PAGI - 1.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET SEBERANG JERTEH 

PESERTA : 40 ORANG

 

Tujuan

Program ini berjaya dijalankan dengan kerjasama Jiran Muda KRT Daerah Besut dengan Pusat Internet Seberang Jerteh dan Kg Tembila. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan asas Microsoft Office serta menyemarakkan hubungan diantara komuniti Jiran Muda KRT di seluruh Daerah Besut. Selain itu, program ini dapat mempromosikan kewujudan Pusat Internet serta kemudahan yang disediakan. Peserta yang terlibat meliputi golongan pelajar sekolah menengah serta golongan belia.

Aktiviti

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta dan taklimat ringkas berkenaan keseluruhan program pada hari tersebut. Kemudian untuk sesi pertama, peserta diberi pelajaran asas Microsoft Word. Peserta berjaya menguasai kemahiran asas iaitu cara -cara untuk menaip dan mengedit gambar di dalam Microsoft Word. Kemudian, diteruskan dengan kelas asas Microsoft Excel.