AKTIVITI : PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET

TARIKH : 23 NOVEMBER 2018

MASA : 8.00 PAGI - 1.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 80 ORANG 

 

Tujuan

Untuk memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti sihat selain daripada untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama diantara komuniti kampung dan agensi yang terlibat. Di samping itu juga, adalah untuk mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

 

Aktiviti

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran. Selepas itu, acara senaman aerobik yang diketuai oleh Alieya Fitdance. Antara acara yang disediakan adalah taklimat dan promosi Dashboard Komuniti, My shop, My place, dan muat turun aplikasi Dashboard Komuniti melalui telefon pintar. Acara dijalankan serentak dengan pemeriksaan kesihatan dan juga pertandingan mewarna poster kesihatan untuk kategori kanak-kanak. Seterusnya adalah sesi download video dan MP3 untuk golongan dewasa dan terus sambung dengan kuiz online (Kahoot) untuk dewasa. Seterusnya adalah pertandingan memuat naik artikel kesihatan ke Dashboard My Komuniti dan kuiz online (Kahoot) untuk kanak-kanak. Acara kemuncak adalah ceramah dari Encik Hilmi, pegawai Farmasi Ibnu Sina tentang penjagaan kesihatan dan pengambilan ubat. Acara diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah, cenderahati dan juga cabutan bertuah yang disampaikan oleh Pengerusi MPKK Kg Tembila En, Daud Bin Sulaiman.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : LATIHAN ASAS E-REZEKI

TARIKH : 22 NOVEMBER 2018

MASA : 10.00 PAGI - 1.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 1 ORANG

 

Tujuan

Untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet. Selain itu juga, dapat membantu golongan belia dalam menambah pendapatan sampingan dengan memperkenalkan platform E-rezeki kepada mereka.

 

Aktiviti

Peserta merupakan golongan belia dan juga lepasan universiti. Beliau diberi penerangan secara ringkas tentang platform tersebut sebelum meneruskan kepada pendaftaran secara online.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : DASHBOARD KOMUNITI - MY SOAL

TARIKH : 19 NOVEMBER 2018

MASA : 3.30 PETANG - 5.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 10 ORANG 

 

Tujuan

Untuk memaksimum penggunaan kemudahan teknologi dalam kehidupan seharian seperti aplikasi Dashboard Komuniti - My Soal.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi taklimat dan demo oleh petugas cara-cara menggunakan Dashboard Komuniti - My Soal. 

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : PERMAINAN PENDIDIKAN ONLINE

TARIKH : 17 NOVEMBER 2018

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 8 ORANG 

 

Tujuan

Untuk menarik lebih ramai pengunjung ke Pusat Internet disamping dapat meningkatkan kemahiran penggunaan komputer dalam kalangan pelajar luar bandar.

 

Aktiviti

Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta dikehendaki mengikuti setiap langkah yang ditunjukkan oleh petugas PI sebelum mereka diberikan tugasan berbentuk permainan pendidikan seperti permainan puzzle dalam talian.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : MICROSOFT EXCEL FOR BEGINNER

TARIKH : 15 NOVEMBER 2018

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 5 ORANG

 

Tujuan

Untuk memberi latihan atau kelas IT secara percuma kepada ahli yang berdaftar dengan pusat internet. Selain itu, untuk mengisi masa lapang peserta dengan perkara yang berfaedah.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Para peserta diberi penerangan tentang Microsoft tersebut secara ringkas. Kemudian, mereka dikehendaki untuk menggunakan perisian tersebut dengan mengikuti setiap langkah yang ditunjukkan oleh petugas PI.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : MEREKACIPTA BIODATA DIRI & APLIKASI PICTURE TOOLS

TARIKH : 2 NOVEMBER 2018

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 6 ORANG

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memberi latihan Microsoft Word kepada peserta iaitu merupakan pelajar sekolah rendan dan menengah. 

 

Aktiviti

Peserta diberi penjelasan secara ringkas berkenaan perisian Microsoft Word. Kemudian, peserta diminta untuk merekacipta biodata diri dengan merujuk kepada contoh yang telah petugas PI sediakan. Kelas ini dapat membiasakan diri peserta dengan perisian serta fungsi - fungsi yang boleh digunakan untuk meningkatkan kekemasan dalam tugasan mereka. Walaupun peserta telah mengikuti kelas tersebut sebelum ini, namun kelas seperti ini tetap perlu diadakan kerana kebanyakkan peserta sudah lupa cara-cara asas untuk menggunakan perisian Microsoft ini.

Gambar Disini