AKTIVITI : PENGENALAN KEPADA E-REZEKI TARIKH : 17 DISEMBER 2018 MASA : 2.30 PETANG - 5.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Latihan keusahawanan ini diadakan bertujuan untuk membantu golongan yang layak untuk menambah pendapatan melalui platform E-Rezeki.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada golongan belia dan merupakan lepasan sekolah. Peserta diberi penerangan serta tayangan klip video E-rezeki bagi membantu untuk memahami lebih jelas konsep tersebut. Kemudian peserta dibantu oleh petugas PI untuk pendaftaran secara atas talian.
AKTIVITI : LATIHAN ASAS E-REZEKI TARIKH : 15 DISEMBER 2018 MASA : 2.30 PETANG - 5.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Latihan keusahawanan ini diadakan bertujuan untuk membantu golongan yang layak untuk menambah pendapatan melalui platform E-Rezeki. Disamping itu juga untuk mempromosikan PI kepada peserta dan penduduk setempat.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar Universiti. Peserta diberi penerangan serta tayangan klip video E-rezeki bagi membantu peserta memahami lebih jelas konsep tersebut. Kemudian peserta dibantu oleh petugas PI untuk pendaftaran secara atas talian.
AKTIVITI : PENGENALAN KEPADA GOOGLE TRANSLATE TARIKH : 13 DISEMBER 2018 MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
Tujuan
Kelas seperti diadakan adalah untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari kemahiran multil anguage atau pelbagai bahasa melalui platform internet.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi contoh ayat dalam bahasa Inggeris dan dikehendaki untuk mencari setiap maksud ayat tersebut dengan menggunakan aplikasi google translate. Para peserta menunjukkan semangat yang terbaik dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Sedikit sebanyak kelas seperti ini dapat memberi manfaat kepada peserta.
AKTIVITI : LATIHAN ASAS E-REZEKI TARIKH : 6 DISEMBER 2018 MASA : 10.00 PAGI - 1.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI selain daripada kemudahan internet, mencetak dan sebagainya. Selain itu, untuk membantu golongan belia dengan cara memperkenalkan platform pendapatan digital E-rezeki.
Aktiviti
Peserta merupakan lepasan sekolah. Petugas PI membantu peserta dalam melakukan pendaftaran E-rezeki setelah menerangkan syarat dan kelebihan E-rezeki.
AKTIVITI : KEMAHIRAN ASAS MICROSOFT EXCEL TARIKH : 5 DISEMBER 2018 MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
Tujuan
Untuk memberi latihan asas Microsoft Office kepada pelajar luar bandar supaya mereka dapat menjadi pelajar yang celik IT.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Mereka diberi penerangan dan contoh oleh Petugas PI.
AKTIVITI : PENDAFTARAN PERBANKAN DALAM TALIAN BSN TARIKH : 4 DISEMBER 2018 MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Untuk menyediakan kemudahan internet kepada peserta luar bandar. Disamping itu juga sebagai salah satu cara untuk mempromosikan kemudahan yang terdapat di PI.
Aktiviti
Peserta merupakan lepasan sekolah. Petugas PI menerangkan cara - cara untuk melakukan pendaftaran perbankan.
AKTIVITI : ASAS KEMAHIRAN ADOBE PHOTOSHOP TARIKH : 4 DISEMBER 2018 MASA : 2.30 PETANG - 4.30 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
Tujuan
Kelas kemahiran Adobe ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat dan kemahiran peserta dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop sebagai alat dan kemudahan teknologi dalam menyelesaikan tugasan pelajar bahkan dalam kehidupan sosial.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi penerangan ringkas oleh petugas PI berkenaan fungsi-fungsi dan cara menggunakan Adobe Photoshop. Kelas tersebut hanya berfokuskan untuk menghilang latar belakang gambar sahaja. Para peserta memerlukan masa untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan baik.
AKTIVITI : ASAS KEMAHIRAN MENAIP TARIKH : 1 DISEMBER 2018 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 8 ORANG |
Tujuan
Untuk memberi kelas ICT percuma kepada ahli yang berdaftar dengan PI selain daripada untuk memberi latihan Microsoft kepada pelajar.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi penerangan dan contoh penggunaan Microsoft daripada petugas PI. Kemudian mereka dikehendaki untuk menaip berdasarkan contoh yang telah disediakan oleh petugas PI.
AKTIVITI : PENDAFTARAN SEK MENENGAH SECARA ATAS TALIAN TARIKH : 1 DISEMBER 2018 MASA : 11.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
Tujuan
Untuk memperkenalkan kemudahan yang disediakan di PI iaitu kemudahan internet dan sebagainya. Selain itu juga, untuk meningkatkan penggunaan teknologi komputer dalam kalangan pelajar luar bandar.
Aktiviti
Peserta merupakan pelajar sekolah menengah. Peserta membuka laman web yang diperuntukkan untuk mendaftar secara atas talian dengan bimbingan petugas PI.