AKTIVITI : PERMAINAN PENDIDIKAN - WORD SEARCH

TARIKH : 19 JANUARI 2019

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 10 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan sebagai salah satu cara mempromosi untuk menarik lebih ramai pengunjung dan ahli PI. Selain itu juga, supaya peserta dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.

 

 Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah dan belia. 

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : PEMERIKSAAN KESIHATAN MY HEALTH

TARIKH : 10 JANUARI 2019

MASA : 12.00 TENGAHARI - 1.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 6 ORANG 

 

Tujuan

Sebagai salah satu untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI disamping dapat melakukan pemeriksaan terhadap peserta yang hadir ke PI.

 

Aktiviti

Peserta dapat mengetahui tahap kesihatan masing-masing dengan pemeriksaan yang dilakukan di PI Kg Tembila seperti bacaan gula dalam darah, serta tekanan darah.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : PROGRAM TEAM MOBILE KWSP

TARIKH : 10 JANUARI 2019

MASA : 9.30 PAGI - 1.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 25 ORANG 

 

Tujuan

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama PI dengan Team Mobile KWSP. Selain itu, program ini juga masing-masing memberi kelebihan kepada dua-dua pihak seperti menarik lebih ramai pelanggan dan dapat memberi pengetahuan tentang kelebihan dan keistimewaan KWSP juga PI kepada penduduk setempat.

 

Aktiviti

Peserta yang hadir diberi taklimat ringkas oleh petugas Team Mobile KWSP. Kemudian, peserta melakukan pendaftaran untuk i-suri dan sebagainya.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : LATIHAN ASAS E-REZEKI

TARIKH : 6 JANUARI 2019

MASA : 2.30 PETANG - 5.30 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 1 ORANG 

 

Tujuan

Latihan keusahawanan ini diadakan bertujuan untuk membantu golongan yang layak untuk menambah pendapatan melalui platform E-Rezeki. 

 

Aktiviti

Peserta terdiri daripada golongan belia dan merupakan lepasan sekolah. Peserta diberi penerangan serta tayangan klip video E-rezeki bagi membantu untuk memahami lebih jelas konsep tersebut. Kemudian peserta dibantu oleh petugas PI untuk pendaftaran secara atas talian.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : KEMAHIRAN ASAS ADOBE PHOTOSHOP

TARIKH : 5 JANUARI 2019

MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 7 ORANG 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang perisian Adobe Photoshop selain daripada untuk mengisi masa lapang mereka.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi penerangan ringkas berkenaan cara-cara menggunakan dan kelebihan yang ada pada perisian tersebut.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : TUTORIAL MATEMATIK

TARIKH : 4 JANUARI 2019

MASA : 3.00 PETANG - 4.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 2 ORANG 

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk membantu pelajar yang memerlukan bantuan dan bimbingan dalam pelbagai bidang seperti ICT dan juga dalam bidang akademik.

 

Aktiviti

Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi bimbingan dalam menyelesaikan soalan yang sukar dan mencabar.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : PERMAINAN PENDIDIKAN DALAM TALIAN

TARIKH : 4 JANUARI 2019

MASA : 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 7 ORANG 

 

Tujuan

Sebagai salah satu cara mempromosi untuk menarik lebih ramai pengunjung dan ahli PI. Selain itu juga, supaya peserta dapat mengisi masa lapang dengan bermanfaat.

 

Aktiviti

Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta diberi latihan dan bimbingan dalam menggunakan komputer bagi peserta yang baru menyertai kelas ICT yang diadakan di PI. Bagi peserta yang telah lama menyertai kelas, mereka berjaya meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dengan baik.

Gambar Disini

 

 

AKTIVITI : MICROSOFT EXCEL

TARIKH : 1 JANUARI 2019

MASA :  10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI

TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA

PESERTA : 1 ORANG

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan asas perisian Microsoft Excel kepada golongan belia dan juga merupakan wanita. Selain itu, juga untuk mempromosikan kemudahan yang disediakan di PI Kg Tembila.

 

Aktiviti

Peserta diberi penerangan tentang kegunaan perisian tersebut oleh petugas PI. Kemudian, peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberikan dengan pertolongan dan bimbingan daripada petugas PI.

Gambar Disini