AKTIVITI : MY KOMUNITI TARIKH : 15 FEBRUARI 2019 MASA : 11.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 6 ORANG |
Tujuan
Kelas Dashboard My Komuniti ini diadakan bagi mempromosi aplikasi Dashboard serta kemudahan yang disediakan di Pusat Internet kepada pelajar luar bandar.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta dikehendaki untuk memuat turun gambar dan seterusnya menyunting gambar tersebut untuk dimuat naik ke dalam My Komuniti dengan bimbingan petugas PI.
AKTIVITI : ASAS SUNTINGAN IMEJ TARIKH : 15 FEBRUARI 2019 MASA : 9.30 PAGI - 11.30 PAGI TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 6 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta cara-cara untuk sunting imej dengan baik.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta diberi tunjuk ajar untuk memuat turun gambar melalui laman internet dan menyimpan gambar tersebut ke dalam folder komputer. Kemudian peserta dikehendaki untuk menggunakan perisian Microsoft Publisher untuk menyunting imej atau gambar mengikut kreativiti masing-masing.
AKTIVITI : PERMAINAN PENDIDIKAN ONLINE TARIKH : 14 FEBRUARI 2019 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 8 ORANG |
Tujuan
Kelas permainan ini diadakan adalah untuk menarik minat pelajar luar bandar untuk mendekati dan menggunakan kemudahan teknologi seperti kemudahan komputer dan capaian internet. Selain itu juga, sebagai salah satu alternatif untuk mempromosi PI kepada komuniti setempat.
Aktiviti
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Peserta dikehendaki menggunakan komputer dan mencari laman permainan pendidikan melalui atas talian dengan dibimbing oleh petugas PI.
AKTIVITI : MICROSOFT EXCEL TARIKH : 1 FEBRUARI 2019 MASA : 3.00 PETANG - 5.00 PETANG TEMPAT : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 7 ORANG |
Tujuan
Tujuan kelas ICT ini diadakan adalah untuk memupuk minat dalam kalangan pelajar luar bandar terhadap kemudahan teknologi yang disediakan di PI seperti mempelajari asas-asas perisian Microsoft.
Aktiviti
Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diberi penerangan ringkas berkenaan kegunaan asas Microsoft Excel. Kemudian, peserta dikehendaki mengikuti setiap langkah yang ditunjukkan oleh petugas PI dengan menggunakan Microsoft tersebut. Para peserta berjaya menyiapkan tugasan dengan baik malah memohon agar kelas seperti itu dapat dijalankan lagi.