TARIKH      : 20 JULAI 2019

 MASA        : 8.00PAGI - 2.00 PETANG

 LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA 

 PESERTA  : 160 ORANG

 

67155719 2283805978548712 2660688577234468864 n

 

TUJUAN

Memperkenalkan PI sebagai tempat rujukan komuniti serta mempromosi advokasi SKMM.

 

AKTIVITI

Hari Bersama Komuniti telah dijalankan pada 20 Julai lalu dengan kehadiran pengunjung seramai 160 orang yang melibatkan golongan belia, dewasa, ibubapa, pelajar IPTA/IPTS,sekolah menengah dan rendah serta kanak-kanak tadika. Pelbagai aktiviti dan taklimat disediakan antaranya ialah taklimat dari agensi yang hadir iaitu dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Ar Rahnu (YAPIEM), taklimat kesihatan dan pemeriksaan kesihatan dari Klinik Sri Medan serta wakil dari Koperasi Ummum Wahidah Terengganu. Bengkel keusahawanan seperti perbankan internet dan My Shop turut dijalankan. Selain itu, bengkel kelas Multimedia seperti Movie Maker dan suntingan imej juga disediakan untuk pengunjung. Para pengunjung boleh membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma dan juga menyertai pelbagai acara sukaneka seperti Tiup Belon bagi kanak-kanak tadika, Cari Gula- Gula Dalam Tepung untuk kategori pelajar sekolah rendah. Bagi kategori belia, dewasa dan ibubapa mereka menyertai ativiti sukaneka Biskut Challence dan Lontaran Kasih. Selain aktiviti sukaneka, PI juga menyediakan pelbagai aktiviti iaitu Taklimat Advokasi, Pertandingan Kahoot,Mengarang Artikel(My Komuniti), My Place,Mewarna Online dan Penghasilan Origami.

 

Gambar Disini