TARIKH : 27 SEPT 2019 MASA : 8.00 - 1.00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 160 ORANG |
TUJUAN
Memupuk semangat muhibah antara petugas dengan komuniti setempat. Selain itu, menitik berat tentang gaya hidup dan cara pemakan yang sihat agar lebih efektik, sihat, bersemangat dan bertenaga.
AKTIVITI
Aktiviti dimulakan dengan acara senam earobik yang diketuai oleh Dr Marlina dan pasukan dari Klinik Kesihatan Seri Medang, seterusnya cara diteruskan dengan aktviti gosok gigi bersama tabika kemas Kg Tembila dengan demo cara gosok gigi yang betul diketuai oleh DR Asmah dan pasukan. Antara pertandingan yang disediakan adalah Pertandingan Master Chef, memuatnaik gambar produk usahawan paling banyak - MY SHOP, mengarang artikel - MY KOMUNITI yang bertajuk PI dihatiku dan kuiz ICT kesihatan - Kahoot. Selain itu, kelas dan bengkel juga turut dijalankan iaitu kelas mengait benang, asas membuat RESUME dan pengenalan komputer. Taklimat advokasi seperti Aduan & Maklumat Palsu, Penipuan kewangan, E-waste dan Klik Dengan Bijak juga turut diberikan kepada komuniti yang hadir bagi mengetahui perkembangan terkini penggunaan internet agar lebih berhati-hati semasa membuat sebarang transaksi. Taklimat dari agensi-agensi yang hadir juga turut dikongsi bersama dengan komuniti setempat agar lebih mengetahui walau apa jua sekalipun. Bagi memeriahkan lagi program ini, pelbagai acara sukaneka disertakan, antaranya ialah Ikat Kaki, Tiup Belon, Musical Chair dan Lontaran Kasih. Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang disediakan mengikut kategori komuniti yang terlibat iatu dewasa, ibubapa, belia, kanak-kanak dan lain-lain. Program bermula dari jam 8.00pagi sehingga 1.00petang dan diakhiri dengan penyampaian hadiah dan dirasmikan oleh Dr Marlina.
- Seterusnya
- Seterusnya >>