TARIKH : 8 SEPTEMBER 2022 MASA : 3:30 PTG - 5:30 PETANG LOKASI : PEDi KG TEMBILA PESERTA : 4 ORANG |
TUJUAN
Mewujudkan komuniti yang celik IT kepada semua golongan terutama pelajar sekolah bagi mengimbangi keperluan ICT yang meluas di negara kita selaras dengan kehendak kerajaan.
AKTIVITI
Petugas menunjukkan cara menggunakan microsoft word dengan betul dan para pelajar mula membuat tugasan mereka sehingga selesai.
Tarikh: 26 ogos 2022
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Lay Out dengan kerjasama semua PEDi seluruh Besut Terengganu telah mengadakan Hari Terbuka atau Hari Bersama Komuniti yang bertempat di perkarangan PEDi Kampung Lay Out. JKKK dan KRT Kg Lay Out juga turut memberikan kerjasama yang cemerlang apabila bersama-sama menjayakan program tersebut.
TARIKH : 19 OGOS 2022 MASA : 3:30 PTG - 5:30 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
TUJUAN
Mewujudkan komuniti yang celik IT kepada semua golongan terutama belia yang ingin memulakan perniagaan dalam Shoppe. ianya salah satu e-dagang yang sedang pesat berkembang di Malaysia. oleh sebab itu, Pedi telah menyediakan kelas shopee bagi memenuhi pemintaan usahawan yang semakin bertambah di negara kita.
AKTIVITI
Petugas menerangkan apa itu shopee dan seterusnya mengajar peserta membuat akaun shopee. peserta diajar menggunakan aplikasi shopee untuk menjual barang atau membeli barang.
Tarikh: 10 ogos 2022
Ahli jawatankuasa Tabika Kemas Simpang Tiga,Tembila dengan kerjasama pihak PEDi Kg Tembila telah melangsungkan program gotong royong membersihkan kawasan Tadika bersama ibu bapa dan pelajar Tabika Kemas. hal ini memupuk semangat cinta akan kebersihan dalam kalangan kanak-kanak di samping mengeratkan silatulrahim antara ibu bapa dan guru serta komuniti setempat.
TARIKH : 19 OGOS 2022 MASA : 11.00 - 12:00 TGH HARI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 9 ORANG |
TUJUAN
Mewujudkan komuniti yang celik IT terutama pelajar- pelajar sekolah. Melatih remaja menjadi lebih kreatif untuk menempuhi zaman IT yang lebih mencabar pada masa akan datang. selain itu, memberi pendedahan tentang perkaraka-perkara yang baru kepada remaja sekolah berkaitan pembelajaran dalam ICT.
AKTIVITI
Petugas mengajar peserta - peserta menggunakan microsoft word dan perkara asas mengenai komputer. peserta diperkenalkan cara-cara untuk copy dan paste. pada awalnya petugas menunjukkan cara-cara penggunaan seterusnya peserta diminta membuat seperti yang di ajar.