Ingat, sentiasa amalkan kebersihan diri dengan 5 langkah pencegahan ini untuk lindungi orang yang tersayang.
Seperti sedia maklum berkenaan Virus Novel Corona (2019-nCoV) yang telah menjangkiti ramai di serata dunia. Dengan ini saya berharap setiap pengguna dapat memastikan langkah pencegahan awal dijalankan. Berikut adalah langkah-langkah mengurangkan risiko jangkitan:
1. Tutup mulut dan hidung menggunakan 'face mask' apabila berhubung/berurusan dengan orang lain.
2. Kerap cuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer).
3. Pastikan menjaga kebersihan diri sepanjang masa.
Bagi pengguna yang ada melawat keluar negara dalam masa berlakunya virus ini, di nasihatkan untuk menjalankan saringan kesihatan di mana-masa Hospital/Klinik yang terdekat.
Terima kasih dan sama-sama kita menjaga kesihatan.
Bagi mengurangkan risiko #COVID19, pesakit digalak mengguna perkhidmatan tambah nilai farmasi (VAS) dan salah satunya Ubat Melalui Pos (UMP). Sepanjang PKP ini, perkhidmatan UMP adalah PERCUMA kerana kos penghantaran ditanggung KKM. Hubungi hospital/ klinik kesihatan anda.
Sumber : MKN
Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia.
Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:
- 1. Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
- 2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
- 3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
- 4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
- 5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
- 6. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
Halaman 1 dari 2