NAMA : ADAM DANIAL BIN MOHD SUKRI

UMUR : 12 TAHUN 

AHLI    : 2019

 

                                                                      preview

LATAR BELAKANG

Adik Adam Danial berasal daripada Kampung Tembila. Jarak rumahnya adalah dalam 500 m sahaja dari PEDi. Beliau merupakan anak ke-enam daripada 7 orang adik- beradik. Bapanya merupakan seorang petani dan ibunya merupakan guru kafa.

Beliau mula mengunjungi PEDi pada tahun 2019 apabila menemani kakak dan abang beliau untuk membuat tugasan dan menggunakan kemudahan di PEDi. Kemudian, beliau mendaftar sebagai ahli  dan sering menggunakan komputer. Kemudian, beliau selalu menyertai latihan-latihan komputer secara percuma di PEDi dengan mempelajari cara-cara menggunakan komputer dengan baik. beliau juga sering menjadi peserta sekiranya PEDi menganjurkan program dan latihan komputer. Keaktifan beliau dalam menyertai program PEDi harus dipuji.

 

Pada awalnya, seperti kanak-kanak lain beliau tidak tahu cara untuk menggunakan internet.Ia amat menyukarkannya beliau untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Setelah menghadiri kelas pengenalan kepada internet, Microsoft Office, Klik dengan Bijak dan sebagainya beliau mula menunjukkan peningkatan yang baik. Beliau juga menyertai kelas IT yang lain seperti penghasilan akaun gmail. Kini beliau telah memiliki akaun gmail dan facebook. Malah beliau juga memiliki akaun Instagram. Melalui ilmu yang diperolehinya, beliau kini selangkah kehadapan jika dibandingkan dengan rakan sekolah yang tinggal berjauhan dengan PEDi.

 

Kini, hampir setiap hari, beliau bersama rakan-rakan akan ke PEDi bukan sahaja untuk melayari internet, bahkan datang untuk mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah berbentuk IT yang diberikan oleh guru. Beliau juga sudah pandai memuat turun gambar yang dicari di laman internet dan ini sangat memudahkannya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu, beliau juga aktif menyertai tuisyen yang disediakan di PEDi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum menjalani latihan ICT, Adam hanya melihat komputer rakan-rakannya sahaja dan berkongsi menonton channel Youtube

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Melalui kelas latihan asas ICT yang diberikan, Adam sekarang mampu menggunakan komputer, memasukkan gambar ke Microsoft Word, membuat jadual kelas menggunakan Microsoft Excel, membuat poster menggunakan Microsoft Publisher dan Canva, dan merekacipta akaun Gmail dan Facebook. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan mencetak, fotostat dan laminate.