USAHAWAN PERNIAGAAN PAKEJ PERCUTIAN, BANANA BOAT DAN BENGKEL MOTOSIKAL

 Nama : Suhairie Bin Baharum

Umur  : 24 Tahun

Ahli     : 2017

 

Latar belakang

Beliau merupakan usahawan yang berasal dari luar bandar yang menawarkan perkhidmatan tersebut di sekitar Daerah Besut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Saudara Suhairie hanya mempromosikan perkhidmatan tersebut secara lisan dan konvensional sahaja. Kaedah ini kurang sambutan dengan pasaran semasa.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas berkunjung ke PI pertama kali pada tahun 2016, beliau mendapati perkhidmatan yang ada di PI sangat menyenangkan urusan beliau. Beliau juga sering menggunakan Wifi Komuniti (WK) yang disediakan di sekitar PI. Beliau menggunakan perniagaan dalam talian untuk mengiklankan kepada rakan berikutan pembelajaran yang diperolehi di PI oleh beliau iaitu cara membuat pemasaran online melalui Whatsapp dan Facebook, edit iklan perniagaan, dan cara mempromosi perniagaan. Pihak PI juga membantu meningkatkan perniagaan beliau dengan cara hebahan kepada komuniti. 

Melalui Facebook dan Whatsapp, beliau sering kali mendapat mesej dari pelanggan yang berminat dengan pakej beliau. Beliau berpendapat bahawa kaedah pengiklanan dalam talian atau online lebih cepat dan menjimatkan masa.

preview