USAHAWAN KECILAN SEBAGAI AGEN PENJUALAN / DROPSHIP CHESSKUT

 Nama : Nurhidayah Binti Mat Yes

 Umur : 15 tahun

 Ahli : 2014

 

Latar belakang

Adik Nurhidayah berasal dari Kampung Sri Medang. Beliau merupakan anak pertama daripada dua orang adik beradik. Beliau bermula menjadi agen ChessKut pada awal tahun 2018. Beliau mendapati peluang untuk menjadi usahawan kecilan semakin meluas pada masa kini dengan kewujudan pelbagai kemudahan dari segi media sosial seperti Facebook, Instagram dan termasuklah Dashboard Komuniti - MyShop. Minat dan semangat beliau juga turut menyumbang kepada penglibatan beliau kedalam bidang ini.

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI

Beliau hanya menggunakan internet melalui telefon mudah alih sahaja dan menyukarkan kerja beliau. Selain itu juga, jumlah pelanggan beliau juga kurang memuaskan disebabkan penduduk sekitar serta kawan-kawan tidak mengetahui tentang perniagaan beliau. Tahap kreativiti dari sudut pengiklanan dan promosi juga agak rendah.

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI

Setelah menyertai kelas IT serta program yang diadakan di PI, beliau lebih kreatif menggunakan aplikasi Facebook, Instagram dan sebagainya sebagai medium dalam mempromosikan produk beliau serta untuk berhubung dengan pelanggan bagi tujuan tempahan. Kemajuan ini telah meningkatkan jualan produk beliau. Beliau juga telah memasarkan produk tersebut ke dalam aplikasi Dashboard Komuniti - My shop.

Pihak PI juga membantu beliau dengan memperkenalkan produk beliau kepada pelanggan PI yang datang. Hal ini juga telah meningkatkan jumlah pelanggan beliau.

 preview