• USAHAWAN KECIL PASAR MALAM

Nama

Nurul Hidayah Bt Bakri 

Umur

34 Tahun

Ahli

2019

 

Latar Belakang

Nurul Hidayah ialah seorang usahawan muda yang berniaga di Kampung Tembila. Rumah beliau terletak  7 km dari Pusat Internet Kampung Tembila. Beliau ialah seorang anak jati Terengganu berumur 34 tahun. Beliau berasal dari Kampung Gong Pasir, Terengganu. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kerandang dari Darjah 1 sehingga Darjah 6. Seterusnya beliau memasuki Sekolah Menengah Nasiruddin Shah. Selepas SPM, beliau menyambung pelajaran di Pusat Pendidikan Yayasan Islam Terengganu (PPYIT) di Kampung Raja. Beliau merupakan belia yang dikenali di sekitar kampung kerana beliau seorang yang rajin dalam mencari sumber kewangan.

Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2010, apabila beliau mendapati bahawa dunia perniagaan boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Beliau yang mempunyai kemahiran dalam membuat burger menjadi pemangkin kepada semangat beliau untuk memulakan perniagaan burger di hadapan rumahnya. Beliau nekad untuk mencari sumber kewangan sendiri untuk dijadikan wang belanja disamping dapat mengisi masa lapang. Suami dan keluarga beliau juga masing-masing memberi sokongan dan bantuan untuk menggalakkan beliau menceburi bidang ini. Sambutan yang amat menggalakkan telah diterima daripada pelbagai pihak terutamanya penduduk setempat. Kini, beliau bersama suami menjual di 5 lokasi pasar malam di sekitar Besut. 

Beliau turut menggunakan perniagaan dalam talian untuk mengiklankan kepada pelanggan iaitu melalui whatsapp disamping menjadikan PI Kg Tembila sebagai pusat khidmat internet, pusat rujukan dan tempat untuk mempelajari tentang keusahawanan. Pihak PI Kg Tembila juga merupakan pelanggan beliau kerana gerai burger tersebut hanya terletak di hadapan PI.

Melalui whatsapp, beliau sedikit sebanyak dapat menambah jumlah pelanggan yang membuat tempahan Beliau berpendapat bahawa kaedah pengiklanan dalam talian atau online ini lebih cepat dan menjimatkan masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum bermulanya penglibatan PI, beliau menghadapi kesukaran untuk mempromosi di media sosial disebabkan oleh kekangan talian internet.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Perkhidmatan Wifi Komuniti di PI sangat membantu beliau dalam memuatnaik gambar untuk mempromosi burger beliau. Aplikasi whatsapp juga sangat penting untuk urusan promosi Beliau juga merupakan pengguna aplikasi Dashboard Komuniti.

 

Nurul Hidayah Bakri