• USAHAWAN KECIL KRAFTANGAN (DOORGIFT, GOODIES ,BUNGA TELUR DAN LAIN-LAIN)

 

 Nama 

 Norasiah Binti Taib  

 Umur

 45 Tahun

 Ahli

 2016

 

Latar Belakang

Puan Norasiah berasal dari Kota Bharu Kelantan dan menetap di Kg Sri Medang Besut Terengganu. Jarak antara rumah beliau dengan PI Kg Tembila adalah dalam 700 meter. Beliau merupakan anak ke-7 daripada 7 orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Putra, Kota Bharu bermula darjah 1 sehingga darjah 6. Seterusnya beliau memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, Kelantan. Selepas SPM, beliau menyambung pelajaran di Institut Kemahiran Mara, Sungai Petani Kedah. Beliau telah berkahwin dengan suami beliau yang merupakan anak jati Besut Terengganu. Perkahwinan beliau telah dilengkapi oleh 4 orang anak.

Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2014, apabila beliau mendapati bahawa dunia perniagaan boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Beliau menggunakan kemahiran beliau dalam membuat atau mengkait benang untuk dijadikan barang perhiasan seperti kopiah kanak-kanak, key chain, bunga telur dan sebagainya untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan. Di samping itu juga, beliau turut menerima tempahan jahit baju melayu dan baju kurung. Beliau nekad untuk mencari sumber kewangan sendiri untuk dijadikan wang belanja disamping dapat mengisi masa lapang. Suami dan keluarga beliau juga masing-masing memberi sokongan dan bantuan untuk menggalakkan beliau menceburi bidang ini. Sambutan yang amat menggalakkan telah diterima daripada pelbagai pihak terutamanya penduduk setempat.

Beliau turut menggunakan perniagaan dalam talian seperti aplikasi Whatsapp untuk mengiklankan kepada pelanggan disamping menjadikan PI Kg Tembila sebagai pusat khidmat internet, pusat rujukan dan tempat untuk mempelajari tentang keusahawanan. Pihak PI Kg Tembila juga merupakan pelanggan beliau.

melalui kemudahan media sosial Whatsapp, beliau dapat menambah jumlah pelanggan yang membuat tempahan Beliau berpendapat bahawa kaedah pengiklanan dalam talian atau online ini lebih cepat dan menjimatkan masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum bermulanya penglibatan PI, beliau menghadapi kesukaran untuk mempromosi di media sosial disebabkan oleh kekangan talian internet. Beliau juga sukar untuk membuat dan mencetak iklan produk untuk diedarkan kepada komuniti.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Perkhidmatan Wifi Komuniti di PI sangat membantu beliau dalam memuatnaik gambar untuk mempromosi produk beliau. Aplikasi Whatsapp juga sangat penting untuk urusan promosi. Beliau juga merupakan pengguna aplikasi Dashboard Komuniti.

 

Norasiah Binti Taib Q1 2019