• KEMAHIRAN  DALAM MICROSOF WORD, EXCEL,

POWER POINT & PENGGUNAAN EMAIL

Nama 

 Suhaiman Bin Baharum  

 Umur

 12Tahun

 Ahli

 2013

 

Suhaiman Baharum Q1 2019

 

Latar Belakang

Adik Suhaiman berasal daripada Kampung Tembila. Jarak rumahnya hanya 500 m dari Pusat Internet Kampung Tembila. Beliau merupakan anak ke-4 daripada 6 orang adik- beradik. Bapanya merupakan seorang nelayan manakala ibunya merupakan seorang suri rumah tangga. Beliau menerima pendidikan awal di Tadika Kemas Kg Tembila. Kemudian, Suhaiman bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tembila dan sekarang beliau merupakan pelajar darjah 6 di sekolah tersebut.

Sekitar tahun 2013 semasa PI mula-mula ditubuhkan, beliau mendaftar sebagai ahli PI dan sering menggunakan komputer. Kemudian, Suhaiman juga selalu menyertai latihan-latihan komputer secara percuma di PI dengan mempelajari cara-cara menggunakan komputer dengan baik. Beliau juga sering menjadi peserta sekiranya PI menganjurkan program dan latihan komputer.

Pada awalnya, beliau tidak tahu cara untuk menggunakan komputer dan internet.Ia amat menyukarkannya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Setelah menghadiri kelas pengenalan kepada internet, Klik dengan Bijak dan penghasilan akaun gmail, beliau mula membuka akaun gmail dan facebook. Suhaiman juga telah mengikuti Latihan Asas Microsoft Office yang merangkumi pembelajaran Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint. Melalui ilmu yang diperolehinya, beliau kini selangkah kehadapan jika dibandingkan dengan rakan sekolah yang tinggal berjauhan dengan PI.

Kini, pada setiap petang,Suhaiman bersama adik-adiknya akan  ke PI bukan sahaja untuk melayari internet, bahkan datang untuk mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah berbentuk IT yang diberikan oleh guru. Beliau juga sudah pandai memuat turun gambar dan menyunting  gambar yang dicari di laman internet dan ini sangat memudahkannya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum menjalani latihan ICT, Suhaiman hanya tahu asas komputer sahaja

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan asas ICT yang diberikan, Suhaiman boleh memberi tunjuk ajar kepada rakannya tentang cara-cara memuat turun gambar, memasukkan gambar ke Microsoft Word, membuat jadual kelas menggunakan Microsoft Excel, membuat poster menggunakan Microsoft Publisher, gmail dan Facebook. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan mencetak, fotostat dan laminate.