USAHAWAN KECIL JUALAN GERAI BURGER & EJEN PRODUK KECANTIKAN

Nama 

 Noradilla Binti Mazuki  

 Umur

 22Tahun

 Ahli

 2015

 

Noradilla Mazuki 1 Q2 2019.PNG

 

Latar Belakang

Saudari Noradilla berasal dari Kampung Pekan sari, Tembila. Beliau merupakan anak yang ke-3 daripada 7 adik beradik. Rumah beliau terletak dalam jarak 1 km dengan Pusat Internet Kg Tembila. Beliau mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas Pekan Sari Tembila. Kemudian bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tembila dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila. Kemudian beliau menyambung pelajaran di UITM Pasir Gudang Johor dalam bidang Diploma Pengurusan dan Perniagaan.

Beliau memulakan perniagaan pada tahun 23 Mac 2019, apabila beliau mendapati bahawa dunia perniagaan boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Beliau menggunakan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam membuat atau menghasilkan pelbagai jenis burger. Di samping itu juga, beliau juga merupakan ejen produk kecantikan untuk mencari sumber kewangan sendiri untuk dijadikan wang belanja disamping dapat mengisi masa lapang. Keluarga beliau juga masing-masing memberi sokongan dan bantuan untuk menggalakkan beliau menceburi bidang ini. Sambutan yang amat menggalakkan telah diterima daripada pelbagai pihak terutamanya penduduk setempat.

Beliau turut menggunakan perniagaan dalam talian seperti aplikasi Whatsapp untuk mengiklankan kepada pelanggan disamping menjadikan PI Kg Tembila sebagai pusat khidmat internet, pusat rujukan dan tempat untuk mempelajari tentang keusahawanan. Pihak PI Kg Tembila juga merupakan pelanggan beliau.

Melalui kemudahan media sosial Whatsapp, beliau dapat menambah jumlah pelanggan yang membuat tempahan Beliau berpendapat bahawa kaedah pengiklanan dalam talian atau online ini lebih cepat dan menjimatkan masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum bermulanya penglibatan PI, beliau menghadapi kesukaran untuk mempromosi di media sosial disebabkan oleh kekangan talian internet. Beliau juga sukar untuk membuat dan mencetak iklan produk untuk diedarkan kepada komuniti.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Perkhidmatan Wifi Komuniti di PI sangat membantu beliau dalam memuatnaik gambar untuk mempromosi produk beliau. Aplikasi Whatsapp juga sangat penting untuk urusan promosi. Beliau juga merupakan pengguna aplikasi Dashboard Komuniti.

 Noradilla Mazuki Q2 2019