USAHAWAN KECIL PRODUK KUDAPAN RINGAN - KUIH SIPUT,KARIPAP MINI DAN SEBAGAINYA

Nama 

 Sarina Binti Mat Razim  

 Umur

 37Tahun

 Ahli

 2014

 

Sarina Mat Razim 1 Q2 2019.PNG

 

Latar Belakang

Puan Sarina merupakan isteri kepada Zainuddin yang berasal dan menetap di Kg Tembila Besut Terengganu. Selepas beliau berhenti kerja sebagai tukang cuci di UNISZA, beliau aktif dalam menghasilkan kuih-kuih ringgan seperti siput tepung, karipap mini dan sebagainya untuk dijadikan aktiviti di masa lapang disamping dapat menambah pendapatan. Rumah beliau terletak hanya 300 meter sahaja dari Pusat Internet Kampung Tembila. Puan Sarina mempunyai 6 orang anak. Anak-anak beliau selalu berkunjung ke PI untuk menggunakan kemudahan komputer dan juga sebagai tempat untuk mereka mengulangkaji pelajaran.Beliau dikenali dengan gelaran Kak Na dalam komuniti kampung.

Beliau memulakan perniagaan pada awal tahun 2019, apabila beliau mendapati bahawa dunia perniagaan boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Beliau yang mempunyai kemahiran dalam membuat kuih kudapan menjadi pemangkin kepada semangat beliau untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan tersebut di sekitar kampung. Beliau nekad untuk mencari sumber kewangan sendiri untuk dijadikan wang belanja disamping dapat mengisi masa lapang. Suami dan keluarga beliau juga masing-masing memberi sokongan dan bantuan untuk menggalakkan beliau menceburi bidang ini. Sambutan yang amat menggalakkan telah diterima daripada pelbagai pihak terutamanya penduduk setempat.

Beliau turut menggunakan perniagaan dalam talian untuk mengiklankan kepada pelanggan iaitu melalui whatsapp disamping menjadikan PI Kg Tembila sebagai pusat khidmat internet, pusat rujukan dan tempat untuk mempelajari tentang keusahawanan. Pihak PI Kg Tembila juga merupakan pelanggan beliau kerana produk tersebut juga ada dijual di PI.

Melalui whatsapp, beliau sedikit sebanyak dapat menambah jumlah pelanggan yang membuat tempahan Beliau berpendapat bahawa kaedah pengiklanan dalam talian atau online ini lebih cepat dan menjimatkan masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum bermulanya penglibatan PI, beliau menghadapi kesukaran untuk mempromosi di media sosial disebabkan oleh kekangan talian internet

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Perkhidmatan Wifi Komuniti di PI sangat membantu beliau dalam memuatnaik gambar untuk mempromosi produk beliau. Aplikasi whatsapp juga sangat penting untuk urusan promosi Beliau juga merupakan pengguna aplikasi Dashboard Komuniti.

 

Sarina Mat Razim Q2 2019