• KEMAHIRAN  DALAM MICROSOF OFFICE, GMAIL DAN FACEBOOK

Nama 

 Wan Nor Izzati Binti Wan Salleh  

 Umur

 13Tahun

 Ahli

 2016

 

Wan Q2 2019.PNG

 

Latar Belakang

Adik Wan Nor Izzati berasal daripada Kampung Pak Mentosa. Jarak rumahnya hanya 800 m dari Pusat Internet Kampung Tembila. Beliau merupakan anak ke-5 daripada 6 orang adik- beradik. Bapanya merupakan seorang pekerja buruh binaan manakala ibunya merupakan seorang suri rumah. Beliau menerima pendidikan awal di Tadika Kemas Kg Tembila. Kemudian, Izzati bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tembila dan sekarang beliau merupakan pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila.

Beliau mendaftar sebagai ahli PI pada tahun 2016 dan sering menggunakan komputer. Kemudian, Beliau juga selalu menyertai latihan-latihan komputer secara percuma di PI dengan mempelajari cara-cara menggunakan komputer dengan baik. Beliau juga sering menjadi peserta sekiranya PI menganjurkan program dan latihan komputer.

Pada awalnya, beliau tidak tahu cara untuk menggunakan komputer dan internet. Hal ini  amat menyukarkannya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Setelah menghadiri kelas pengenalan kepada internet, Klik dengan Bijak dan penghasilan akaun gmail, beliau mula membuka akaun gmail dan facebook. Izzati juga telah mengikuti Latihan Asas Microsoft Office yang merangkumi pembelajaran Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint. Melalui ilmu yang diperolehinya, beliau kini selangkah kehadapan jika dibandingkan dengan rakan sekolah yang tinggal berjauhan dengan PI.

Kini, pada setiap petang,Izzati bersama adiknya akan  ke PI bukan sahaja untuk melayari internet, bahkan datang untuk mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan kerja sekolah berbentuk IT yang diberikan oleh guru. Beliau juga sudah pandai memuat turun gambar dan menyunting  gambar yang dicari di laman internet dan ini sangat memudahkannya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum menjalani latihan ICT, Wan Nor Izzati hanya tahu asas komputer sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan asas ICT yang diberikan, Wan Nor Izzati boleh memberi tunjuk ajar kepada rakannya tentang cara-cara memuat turun gambar, memasukkan gambar ke Microsoft Word, membuat jadual kelas menggunakan Microsoft Excel, membuat poster menggunakan Microsoft Publisher, gmail dan Facebook. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan mencetak, fotostat dan laminate.