USAHAWAN KECIL PERNIAGAAN BARANGAN GAJET 

Nama 

Mohamad Fadzrul Hadi Bin Khalidir  

 Umur

 26 Tahun

 Ahli

 2019

 

4

 

Latar Belakang

Mohamad Fadzrul Hadi Bin Khalidir berasal dari Cherang Ruku Pasir Putih Kelantan. Beliau merupakan anak yang bongsu daripada 4 adik beradik. Beliau berpindah ke Besut apabila berkahwin dengan Nor Adibah yang menetap di Kg Seri Medang. Rumah beliau terletak dalam jarak 1 km dengan Pusat Internet Kg Tembila. Mohamad Fadzrul Hadi belajar di Sekolah Kebangsaan Cherang Ruku dan seterusnya menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku. Beliau berjaya menamatkan pelajaran di Kolej W.I.T di Klang.

Beliau memulakan perniagaan pada tahun 2017 bertempat di Cherang Ruku. Pada tahun 2019 beliau mula membuka perniagaan di Kg Tembila dimana kedai beliau terletak di hadapan Pusat Internet. Beliau menggunakan kemahiran dan pengetahuan beliau dalam menyediakan perkhidmatan jualan alat telekomunikasi seperti pelbagai telco simkad, casing handfon, pelbagai jenis bateri, powerbank serta speaker dan usb sebagainya.  Keluarga beliau juga masing-masing memberi sokongan dan bantuan untuk menggalakkan beliau menceburi bidang ini. Sambutan yang amat menggalakkan telah diterima daripada pelbagai pihak terutamanya penduduk setempat.

Beliau turut menggunakan perniagaan dalam talian seperti aplikasi Whatsapp untuk mengiklankan kepada pelanggan disamping menjadikan PI Kg Tembila sebagai pusat khidmat internet, pusat rujukan dan tempat untuk mempelajari tentang keusahawanan. Pihak PI Kg Tembila juga merupakan pelanggan beliau.

Melalui kemudahan media sosial Whatsapp, beliau dapat menambah jumlah pelanggan yang membuat tempahan Beliau berpendapat bahawa kaedah pengiklanan dalam talian atau online ini lebih cepat dan menjimatkan masa.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum bermulanya penglibatan PI, beliau menghadapi kesukaran untuk mempromosi di media sosial disebabkan oleh kekangan talian internet. Beliau juga sukar untuk membuat dan mencetak iklan produk untuk diedarkan kepada komuniti.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Perkhidmatan Wifi Komuniti di PI sangat membantu beliau dalam memuatnaik gambar untuk mempromosi produk beliau. Aplikasi Whatsapp juga sangat penting untuk urusan promosi. Beliau juga merupakan pengguna aplikasi Dashboard Komuniti.

 

         2   3