Nama 

Che Nur Shazliani Bt Che Mohd Zaid  

 Umur

 27 Tahun

 Ahli

 2019

 

usahawan boba

 

Latar Belakang

Puan Che Nur Shazliani merupakan ibu kepada 3 orang anak yang berumur 7tahun dan kebawah. Beliau berasal dari Kg Anak Ikan, Besut Terengganu dan berumur 27tahun.

Beliau memulakan perniagaan dengan modal serendah RM200.00 untuk meniaga minuman segar yang cukup popular pada masa kini iaitu ‘Milk Boba’. Usahasama melakukan perniagaan adalah bersama suami tercinta yang merupakan tulang belakang dan memberi sokongan sepenuhnya.

Waktu perniagaan bermula jam 4.00 petang sehingga 9.00malam bermula Ahad sehingga Sabtu.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum bermulanya penglibatan PI, beliau menghadapi kesukaran untuk mempromosi di media sosial disebabkan oleh kekangan talian internet. Beliau juga sukar untuk membuat dan mencetak iklan produk untuk diedarkan kepada komuniti.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau telah pandai menggunakan Microsoft Word dan membuat cetakan untuk iklan produk beliau. Beliau juga mahir dalam penggunaan whassap untuk tujuan promosi. Selain itu, beliau juga menggunakan Dashboard Komuniti sebagai salah satu saluran promosi.

 

         air boba       cara buat boba