MAHIR DALAM MICROSOFT OFFICE DAN MEDIA SOSIAL - FACEBOOK

Nama 

Mohd Fashan Russyidie Bin Zulkifli  

 Umur

 13Tahun

 Ahli

 2017

 

FASHAN

 

Latar Belakang

Adik Mohd Fashan merupakan anak bongsu daripada 6 beradik. Beliau bermula persekolahan di Tadika Kemas Tembila, Sekolah Rendah Tembila dan seterusnya Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila. Ayah beliau bekerja sebagai tukang buat rumah manakala ibunya pula ada suri rumah dan juga mengambil upah sebagai tukang jahit. Beliau mendaftar sebagai ahli PI pada tahun 2017 dan sering menggunakan komputer. Kemudian, Beliau juga selalu menyertai latihan-latihan komputer secara percuma di PI dengan mempelajari cara-cara menggunakan komputer dengan baik. Beliau juga sering menjadi peserta sekiranya PI menganjurkan program dan latihan komputer.

Beliau selalu datang ke PI untuk menggunakan computer dan penggunaan internet. Setelah menghadiri kelas pengenalan kepada internet, Klik dengan Bijak dan penghasilan akaun gmail, beliau mula membuka akaun gmail dan facebook. Beliau juga telah mengikuti Latihan Asas Microsoft Office yang merangkumi pembelajaran Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint. Melalui ilmu yang diperolehinya, beliau kini selangkah kehadapan jika dibandingkan dengan rakan sekolah yang tinggal berjauhan dengan PI.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau seorang yang pemalu dan sukar untuk bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Selain itu, beliau juga tidak cekap dalam pengendalian dalam penggunaan komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan asas ICT yang diberikan, Adik Fashan boleh menggunakan komputer dan internet dengan cekap. Beliau sudah pandai bergaul dan mempunyai rakan-rakan semasa berada di PI.Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan mencetak, fotostat dan laminate.