USAHAN KECIL DROPSHIP SKINCARE SUGARBELLE

Nama 

Nur Faniza Binti Zalam  

 Umur

 22 Tahun

 Ahli

 2014

 

WhatsApp Image 2019 09 10 at 16.44.36 4

 

Latar Belakang

Saudari Nurfaniza merupakan pelajar akhir di USIM Nilai. Beliau berasal dari Kampung Bukit Tanah dan merupakan anak ke 3 daripada 6 orang adik. Jarak yang dekat dengan Pusat Internet Kg Tembila membolehkan beliau selalu mengunjungi PI untuk menggunakan kemudahan komputer dan sebagainya. Beliau mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas Bukit Tanah, dan menerima pendidikan di SK Tembila. Kemudian bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila.

Beliau mula menceburi bidang perniagaan ini pada tahun 2018, apabila beliau mendapati bahawa dunia perniagaan boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan yang kukuh. Beliau mula memberanikan diri dengan menjadi agen tudung dan kemudian barulah beliau menceburi produk kecantikan. Keluarga beliau juga turut memberi sokongan dan bantuan untuk menggalakkan beliau menceburi bidang ini. Sambutan yang amat menggalakkan telah diterima daripada pelbagai pihak terutamanya rakan-rakan dan penduduk setempat.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum bermulanya penglibatan PI, beliau menghadapi kesukaran untuk mempromosi di media sosial disebabkan oleh kekangan talian internet. Beliau juga sukar untuk membuat dan mencetak iklan produk untuk diedarkan kepada komuniti.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Perkhidmatan Wifi Komuniti di PI sangat membantu beliau dalam memuatnaik gambar untuk mempromosi produk beliau. Aplikasi Whatsapp dan Facebook juga sangat penting untuk urusan promosi. Beliau juga merupakan pengguna aplikasi Dashboard Komuniti.

 WhatsApp Image 2019 10 25 at 16.18.32     Capture