USAHAWAN KECIL KEREPEK PERIA

Nama 

Nor Farhana Binti Rosslan  

 Umur

 25 Tahun

 Ahli

 2019

 

WhatsApp Image 2019 11 29 at 17.42.42 1

 

Latar Belakang

Saudari Nor Farhana Rosslan berasal dari Kampung Sri Medang. Beliau merupakan anak yang ke-4 daripada 7 adik beradik. Rumah beliau terletak dalam jarak 1 km dengan Pusat Internet Kg Tembila. Beliau mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas Sri Medang, dan menerima pendidikan di SK Tembila. Kemudian bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila. Beliau menyambung pelajaran di UITM Pasir Gudang Johor dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi & Pengakaunan.

Beliau memulakan perniagaan pada tahun awal tahun 2018, apabila beliau mendapati bahawa dunia perniagaan boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan. Beliau mengetahui bahawa buah Peria banyak khasiatnya. Oleh itu, beliau mula berusaha untuk memulakan perniagaan dengan membeli buah Peria dengan pembekal dan memproses sendiri untuk dijadikan kerepak Peria. Keluarga beliau juga turut memberi sokongan dan bantuan untuk menggalakkan beliau menceburi bidang ini. Sambutan yang amat menggalakkan telah diterima daripada pelbagai pihak terutamanya penduduk setempat.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum bermulanya penglibatan PI, beliau menghadapi kesukaran untuk mempromosi di media sosial disebabkan oleh kekangan talian internet. Beliau juga sukar untuk membuat dan mencetak iklan produk untuk diedarkan kepada komuniti.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Perkhidmatan Wifi Komuniti di PI sangat membantu beliau dalam memuatnaik gambar untuk mempromosi produk beliau. Aplikasi Whatsapp dan Facebook juga sangat penting untuk urusan promosi. Beliau juga merupakan pengguna aplikasi Dashboard Komuniti.

 

peria3 Copy  fb