MAHIR DALAM MICROSOFT WORD, EXCEL, PUBLISHER & PENGGUNAAN MEDIA LAMAN SESAWANG

Nama 

Wan Mohd Syakir Aiman Bin Wan Salleh 

 Umur

 12Tahun

 Ahli

 2017

 

WhatsApp Image 2019 12 03 at 10.17.46

 

Latar Belakang

Adik Wan Muhd Syakir Aiman berasal daripada Kampung Pak Mentosa. Jarak rumahnya hanya 800 m dari Pusat Internet Kampung Tembila. Beliau merupakan anak ke-6 daripada 6 orang adik- beradik. Bapanya merupakan seorang pekerja buruh binaan manakala ibunya merupakan seorang suri rumah. Beliau menerima pendidikan awal di Tadika Kemas Kg Tembila. Kemudian, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tembila dan bermula tahun depan beliau akan menjadi pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila.

Beliau mendaftar sebagai ahli PI pada tahun 2017 dan sering menggunakan komputer. Kemudian, Beliau juga selalu menyertai latihan-latihan komputer secara percuma di PI dengan mempelajari cara-cara menggunakan komputer dengan baik. Beliau juga sering menjadi peserta sekiranya PI menganjurkan program dan latihan komputer.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum menjalani latihan ICT, Wan Muhd Syakir Aiman hanya tahu asas komputer sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan asas ICT yang diberikan, beliau boleh memberi tunjuk ajar kepada rakannya tentang cara-cara memuat turun gambar, memasukkan gambar ke Microsoft Word, membuat jadual kelas menggunakan Microsoft Excel, membuat poster menggunakan Microsoft Publisher, Gmail dan Facebook. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan mencetak, fotostat dan laminate.