USAHAWAN KECIL TOKOYAKI PASAR MALAM

Nama 

 Mohd Zailani Bin Ibrahim  

 Umur

 40 Tahun

 Ahli

 2019

zani ibrahim

 

Latar Belakang

Beliau berasal dari Kg Anak Ikan dan perniagaan merupakan sumber utama dalam menjana pendapatan. Beliau mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak yang masih bersekolah.

Beliau memulakan perniagaan dengan modal serendah RM500.00 untuk meniaga menu masakan Jepun yang cukup dikenali dengan nama Tokoyaki. Beliau bersama isteri memulakan perniagaan seawal jam 4.00 petang sehingga kehabisan stok bekalan yang disediakan untuk dijual dipasar malam. Mereka berniaga setiap hari bermula Ahad sehingga Sabtu disetiap tempat dan waktu pasar malam.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan penggunaan internet. Beliau juga tidak didedahkan dengan media sosial sebagai tempat saluran promosi produk mereka.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau sudah pandai membuat cetakan untuk tujuan promosi produk mereka. Beliau juga pandai dalam mempelajari teknik pemasaran produk melalui penggunaan media sosia.

 

           zani ibrahim1     zani ibrahim2