MAHIR DALAM PENGGUNAAN MICROSOFT WORD & EXCEL

Nama 

 Siti Nor Yunus  

 Umur

 37 Tahun

 Ahli

 2020

 

87378261 2459398934322748 4502139308425084928 o

 

Latar Belakang

Puan Siti Nor berasal daripada Kampung Sri Tembila. Jarak rumahnya hanya 1000 m dari Pusat Internet Kampung Tembila. Beliau merupakan ibu kepada 2 orang anak. Beliau merupakan seorang pekerja kilang papan sebagai kerani manakala suami beliau merupakan buruh kasar. Beliau menerima pendidikan awal di Tadika Kemas Kg Tembila. Kemudian, bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tembila dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila.

Beliau mendaftar sebagai ahli PI pada tahun 2020 dan sering menyertai latihan-latihan komputer secara percuma di PI seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Power Point.

Pada awalnya, beliau tidak tahu cara untuk menggunakan komputer dan internet. Hal ini  amat menyukarkannya untuk melakukan kerja kerana beliau bekerja sebagai kerani di sebuah kilang papan di kawasan Seri Medang. Beliau perlu membuat pengiraan dan jadual yang tersusun dengan menggunakan perisian Microsoft Word dan Excel untuk memudahkan tugasan kerja beliau di kilang tersebut. 

Beliau mula menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menggunakan perisian tersebut. Beliau juga sudah pandai memuat turun gambar dan menyunting  gambar yang dicari di laman internet dan ini sangat memudahkannya untuk mengemaskan tugasan kerja beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum menjalani latihan ICT, Puan Siti Nor hanya tahu asas komputer sahaja seperti menonton video dari YouTube.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Melalui kelas latihan asas ICT yang diberikan, Puan Siti Nor boleh memuat turun gambar, memasukkan gambar ke Microsoft Word, membuat jadual menggunakan Microsoft Excel, membuat poster menggunakan Microsoft Publisher, gmail dan Facebook. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan mencetak, fotostat dan laminate.