USAHAWAN KECIL MENJUAL PELBAGAI JENIS BURGER VIRAL
Nama |
Nor Atirah Binti Aluwi |
Umur |
22 Tahun |
Ahli |
2020 |
Latar Belakang
Beliau berasal dari Kg Gong Jelutong dan perniagaan merupakan sumber utama dalam menjana pendapatan. Beliau dibantu oleh suami beliau dalam menguruskan perniagaan jualan burger tersebut.
Beliau memulakan perniagaan dengan modal serendah RM 300.00 untuk menyediakan bahan-bahan keperluan memasak serta bahan-bahan masakan.. Beliau bersama suami memulakan perniagaan seawal jam 4.00 petang sehingga kehabisan stok bekalan yang disediakan untuk dalam kawasan sekitar dan juga di kawasan Kg Raja, Gong Kepas dan sebagainya dengan perkhidmatan cod atau penghantaran. Pelanggan beliau kebanyakkan membuat tempahan melalui Whatsapps untuk memudahkan proses penyediaan burger supaya lebih cepat dan berjalan lancar.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Beliau hanya menggunakan komputer dan penggunaan internet secara asas sahaja. Beliau juga tidak didedahkan dengan media sosial sebagai tempat saluran promosi produk mereka.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Beliau sudah pandai membuat cetakan untuk tujuan promosi produk. Beliau juga pandai dalam mempelajari teknik pemasaran produk melalui penggunaan media sosial seperti menonton video You Tube.
- Seterusnya
- Seterusnya >>