MAHIR DALAM PENGGUNAAN ASAS KOMPUTER & ASAS MICROSOFT WORD

Nama 

 Sham Bin Abdullah 

 Umur

 13Tahun

 Ahli

 2017

 

adik sham

 

Latar belakang

Adik Sham berasal daripada Kampung Pak Mentosa, Tembila. Jarak rumahnya hanya 700 m dari Pusat Internet Kampung Tembila. Beliau merupakan anak ke 3 daripada 5 orang adik beradik. Beliau merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tembila.

Beliau mendaftar sebagai ahli PI pada tahun 2017 dan sering menyertai latihan-latihan komputer secara percuma di PI seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Power Point dan Dashboard Komuniti.

Pada awalnya, beliau tidak tahu cara untuk menggunakan komputer dan internet. Hal ini  amat menyukarkannya untuk melakukan kerja sekolah dan menonton video youtube. Beliau hanya datang dan meminta kawan untuk membuka komputer dan laman internet seperti YouTube. Beliau juga tidak mahir menggunakan tetikus.

Kini, beliau mula menunjukkan peningkatan dalam kemahiran komputer serta perisian seperti Microsoft Word, Excel, Publisher dan sebagainya. Beliau juga sudah pandai memuat turun gambar dan menyunting  gambar yang dicari di laman internet dan ini sangat memudahkannya untuk menyiapkan tugasan dari sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjalani latihan ICT, adik Sham hanya boleh menonton video dari sumber Youtube sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan asas ICT yang diberikan, beliau boleh memuat turun gambar, memasukkan gambar ke Microsoft Word, membuat jadual menggunakan Microsoft Excel, membuat poster menggunakan Microsoft Publisher, gmail dan Facebook. Beliau juga sering menggunakan perkhidmatan mencetak, fotostat untuk tugasan sekolah.