Nama 

 Aishah Binti Mohd Jafri  

 Umur

 12Tahun

 Ahli

 2020

 

Aishah

 

Latar belakang

Aishah berasal daripada Kampung Pak Mentosa, Tembila. Jarak rumahnya hanya 800 m dari Pusat Internet Kampung Tembila. Beliau merupakan anak ke 4 daripada 7 orang adik beradik. Beliau merupakan seorang pelajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Tembila.

Adik Aishah sering mengunjungi Pusat Internet bersama rakan-rakan yang lain yang sesi pembelajaran bersama rakan-rakan. Beliau juga pernah menyertai latihan-latihan komputer secara percuma di PI seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Power Point dan Dashboard Komuniti.

Pada awalnya, beliau agak segan sedikit untuk berkunjung di PI memandangkan beliau tidak punya kawan yang ramai. Lama-kelamaan beliau telah biasa apabila terdapat kawan baru hasil perjumpaan di PI.

Kini, beliau mula menunjukkan peningkatan dalam kemahiran komputer serta perisian seperti Microsoft Word, Excel, Publisher dan sebagainya. Beliau juga sudah pandai memuat turun gambar dan menyunting  gambar yang dicari di laman internet dan ini sangat memudahkannya untuk menyiapkan tugasan dari sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjalani latihan ICT, adik Aishah agak pendiam dan pemalu. Beliau juga tidak ramai kawan dan kurang keyakinan diri.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau kini semakin berani bercakap dan punyai ramai kawan dari sebelum ini. Beliau juga semakin berkeyakinan tinggi dalam pembelajaran bersama rakan-rakan dan beliau juga semakin mahir dengan penggunaan komputer dan penggunaan internet. Beliau juga sudah mempunyai akaun Facebook sendiri dan semakin kedepan dengan keberanian dan keyakinan diri.