USAHAWAN DALAM TALIAN SHOPEE YANG MENJUAL PELBAGAI PRODUK SEPERTI MINYAK UBAT MODEN MMG, PEYEK GOLDEN SALTED DAN KEROPOK KERING.

Nama 

 Wan Naemah Binti Wan Ismail 

 Umur

 43 Tahun

 Ahli

 2020

 

my shop

 

Latar belakang

Beliau berasal dari Kg Seri Medang dan mempunyai 5 orang cahaya mata. Walaupun beliau seorang suri rumah tangga, beliau mempunyai semangat dan cita-cita untuk mempunyai sumber pendapatan sendiri. Beliau berjaya merebut peluang apabila memulakan langkah pertama dengan menjadi agen jualan dan seterusnya memasarkan produk melalui perniagaan atas talian Shopee.

Beliau memulakan perniagaan dengan modal dalam anggaran RM300.00 untuk dijadikan modal awal. Beliau berusaha memasarkan produk jualan beliau menerusi talian seperti Whatsapp, Facebook dan juga kepada komuniti dikawasan sekitar selain menggunakan platform Shopee.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan penggunaan internet. Beliau juga tidak didedahkan dengan media sosial sebagai tempat saluran promosi produk mereka.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sudah pandai membuat cetakan untuk tujuan promosi produk mereka. Beliau juga pandai dalam mempelajari teknik pemasaran produk melalui penggunaan media sosial.

 

produk jualanshopee Naimah