USAHAWAN POPIA CHEESE DENGAN TUDUNG BAWAL
Nama |
Ayunajihah Binti Azli |
Umur |
23 Tahun |
Ahli |
2016 |
Latar belakang
Beliau berasal dari Kg Sri Medang dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi Makanan daripada institusi tempatan. Beliau merupakan anak ke-4 daripada 6 adik beradik. Sifat dan semangat beliau dalam mencari sumber pendapatan disamping belajar di universiti patut dibanggakan dan dijadikan teladan oleh masyarakat sekeliling.
Pada mulanya beliau hanya membantu mak saudaranya sebagai agen dalam menjual Golden Salted Egg, setelah itu beliau terasa teruja dan semangat untuk teruskan menjual melalui pelbagai platform sosial media. Kini beliau telah menjadi agen kepada Tudung Bawal Kekabu dan juga Popia Nestum Sedak Ratoh.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Beliau kurang pendedahan platform promosi produk dan tempat untuk mencari maklumat berkaitan kreativiti secara effektif dalam pengiklanan produk.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Beliau menggunakan kemudahan perisian Microsoft yang terdapat dalam komputer PIK untuk membantu merekacipta pamplet atau poster produk beliau. Beliau juga pandai dalam mempelajari teknik pemasaran produk melalui penggunaan media sosial.