TARIKH : 05 & 12 OKTOBER 2020 MASA : 3.00 - 4:00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 5 ORANG |
TUJUAN
Menggalakkan komuniti untuk terus menggunakan penggunaan akaun email untuk penghantaran maklumat atau sebarang dokumen bagi mengelakkan penggunaan USB Port/Pendrive dan sebagainya bagi mengelakkan penyebaran virus secara terus melalui penggunaan komputer.
AKTIVITI
Peserta diberi tunjuk ajar cara menggunakan akaun email untuk tujuan rasmi mahupun harian bagi pemindahan data-data atau maklumat dan juga lampiran dokumen. Penggunaan melalui email memudahkan kerja kepada komuniti.
TARIKH : 18 & 19 SEPTEMBER 2020 MASA : 11:00 - 4:00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 4 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pelajar yang celik komputer dan mahir dalam penggunaan Microsoft word.
AKTIVITI
Mengedit gambar menggunakan Microsoft Word iaitu dengan menggunakan crop image, folder, dan juga tukar background. Peserta juga membuat folio profil murid seperti membuat kulit muka depan.
TARIKH : 05 SEPTEMBER 2020 MASA : 4:00 - 5:00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Untuk melahirkan komuniti yang bijak celik it dengan teknologi terkini dan sentiasa peka dengan kecangihan teknologi masa kini.
AKTIVITI
Memindahkan dokumen dari wassap kepada komputer untuk diprint. Selain itu juga petugas memberi tunjuk ajar dalam penukaran dari Microsoft Publisher kepada JPEG, dokumen berbentuk bergambar.
TARIKH : 13 SEPTEMBER 2020 MASA : 11:00 - 12:00 TENGAHARI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Komuniti kini perlu peka dengan perkembangan terkini dan segala pendaftaran memerlukan penggunaan internet atas talian.
AKTIVITI
Membuat pendaftaran kemasukan anak sekolah PASTI bagi tahun 2021. Petugas memberi tunjuk ajar kepada ibu-ibu cara membuat pendaftaran atas talian.
TARIKH : 04, 05 & 23 SEPTEMBER 2020 MASA : 3:00 - 5:00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 8 ORANG |
TUJUAN
Menggalakkan pengguna menggunakan teknologi komunikasi iaitu penggunaan email untuk tugasan rasmi dan tugasan harian selaras dengan perkembangan terkini.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar cara melampirkan dokumen dan juga pindahan data melalui email bagi tugasan harian dan mengurangkan penggunaan portable USB. Peserta terdiri daripada 8 orang dan merupakan pelajar sekolah rendah & menengah serta golongan belia.