102423708 2930133947033992 873695010284037759 o

PELUANG BAIK BUAT USAHAWAN TERENGGANU
 
 

YPU dengan kerjasama Perkeso berinisiatif membantu Usahawan /Majikan di Terengganu bagi meringankan beban kewangan melalui PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU).

Sila Klik pautan (Kepada yang sudah berdaftar sebagai AHLI SUT) https://bit.ly/permohonan-subsidi-upah-PERKESO

Sila Klik pautan (Kepada yang belum berdaftar sebagai AHLI SUT - YPU)
http://bit.ly/DaftarSahabatUsahawanYPU

 

DAFTAR SEGERA SELAGI DANA MASIH ADA

 

Sumber : Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU)

 


 

 

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

PROGRAM MENJANA PRESTASI POSITIF MELALUI LATIHAN KEMAHIRAN PENGURUSAN DIGITAL

Program ini adalah kerjasama GEM -Asia Sdn.Bhd , MSD dan Pusat Internet .

Q&A PROGRAM MENJANA PRESTASI POSITIF MELALUI LATIHAN KEMAHIRAN PENGURUSAN DIGITAL

1. Bilakah program ini akan dimulakan?
Setakat ini belum ada tarikh yang pasti sebab pihak penaja perlu pastikan peserta yang dapat dikumpulkan dan peruntukan yang akan disediakan. Walau bagaimanapun, pihak Gem-Asia mensasarkan untuk melancarkan dan memulakan program ini paling lewat pada 15 Julai 2020. Jadi, sekiranya kita dapat mengumpulkan semua nama peserta yang berminat pada 12hb Jun supaya dapat dibentangkan pada 15 hb. Jun. Kami mengharapkan agar kelulusan dapat diperolehi tidak lewat dari 01 Julai 2020. Ini akan memberikan pihak kami 2 minggu untuk membuat persiapan dan maklumkan kepada peserta.

2. Adakah peserta perlu membayar sebarang yuran?
Peserta tidak perlu membayar sebarang yuran untuk program ini.

3. Adakah program ini dilaksanakan secara online atau offline?
Program ini akan diadakan secara online tetapi majlis pembentangan hasil kerja dan penutup akan disecara offline selama 2 hari 1 malam di lokasi yang akan ditentukan kemudian.

4. Adakah peserta akan diberikan sebarang elaun.
Sebagai pengajur, kami sememangnya bercadang untuk menyediakan elaun latihan, tetapi berapa jumlahnya tidak dapat ditentukan sekarang ini sebab kami masih menantikan kelulusan dari pihak penaja.

5. Di manakah lokasi latihan?
Lokasi utama latihan ialah dirumah masing-masing. Jika talian internet tidak memuaskan, bolehlah menggunakan kemudahan Pusat Internet untuk menjalankan program tersebut.

Perserta yang berminat boleh menghantar nama kepada PI Kg Tembila selewatnya 11 June 2020.

 

Poster

 


 

TARIKH      : 14  MAC 2020

 MASA        : 3.30 - 4.30 PETANG

 LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA  

 PESERTA  : 8 ORANG

 

WhatsApp Image 2020 03 14 at 17.20.22 1

 

TUJUAN

Menarik minat para pelajar agar tidak bosan mengunjungi PI malah mereka dapat mempelajari sesuatu yang baharu dan juga menambahbaik keupayaan mereka dalam menggunakan Microsoft Office.

 

AKTIVITI

Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah seramai 8 orang peserta terlibat. Mereka diberi tugasan untuk membuat poster dengan menggunakan Microsoft Publisher. Mereka juga diajar cara-cara menggunakan Microsoft Publisher untuk menghasilakn poster yang menarik.

 

Gambar disini


 

TARIKH      : 14  MAC 2020

 MASA        : 4.30 - 5.30 PETANG

 LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA  

 PESERTA  : 8 ORANG

 

WhatsApp Image 2020 03 14 at 17.20.20

 

TUJUAN

Mempromosi My Komuniti kepada pelajar agar mereka terus menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti.

 

AKTIVITI

Pelajar diberi tugasan menaip diruangan My komuniti aplikasi Dashboard Komuniti agar mereka tidak terus melupakan penggunaan aplikasi ini. Mereka juga diberi tempoh masa untuk menaip bagi melatih pelajar berfikir dengan cepat dalam masa yang ditetapkan dan mereka juga mengetahui cara penggunaan My Komuniti untuk kegunaan harian mereka.

 

Gambar disini


 

TARIKH      : 10  MAC 2020

 MASA        : 2.30 - 3.30 PETANG

 LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA  

 PESERTA  : 1 ORANG

 

WhatsApp Image 2020 03 10 at 15.03.27

 

TUJUAN

Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana Lesen Motorkar secara percuma. Pendaftaran dibuat secara atas talian memupuk anak-anak muda dan golongan belia agar sentiasa bersedia dengan arus pemodenan masa kini iaitu perlu celik IT dan tahu penggunaan komputer dan internet.

 

AKTIVITI

Mereka perlu mengisi borang dana secara atas talian. Petugas memberi tunjuk ajar dalam pengendalian pengisian borang secara atas talian.

 

Gambar disini.