TARIKH : 14 MAC 2020 MASA : 3.30 - 4.30 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 8 ORANG |
TUJUAN
Menarik minat para pelajar agar tidak bosan mengunjungi PI malah mereka dapat mempelajari sesuatu yang baharu dan juga menambahbaik keupayaan mereka dalam menggunakan Microsoft Office.
AKTIVITI
Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah seramai 8 orang peserta terlibat. Mereka diberi tugasan untuk membuat poster dengan menggunakan Microsoft Publisher. Mereka juga diajar cara-cara menggunakan Microsoft Publisher untuk menghasilakn poster yang menarik.
TARIKH : 10 MAC 2020 MASA : 2.30 - 3.30 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Kerajaan Negeri telah memperuntukkan dana Lesen Motorkar secara percuma. Pendaftaran dibuat secara atas talian memupuk anak-anak muda dan golongan belia agar sentiasa bersedia dengan arus pemodenan masa kini iaitu perlu celik IT dan tahu penggunaan komputer dan internet.
AKTIVITI
Mereka perlu mengisi borang dana secara atas talian. Petugas memberi tunjuk ajar dalam pengendalian pengisian borang secara atas talian.
TARIKH : 05 - 10 MAC 2020 MASA : 10.00 - 12.30 TENGAHARI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 10 ORANG |
TUJUAN
Memupuk pengguna yang bijak dan celik it dalam penggunaan komputer dan internet.
AKTIVITI
Pengisian borang kemasukan darjah 1 bagi tahun 2021 akan datang,pengisian borang Maidam bagi memohon bantuan sosial ekonomi dan juga borang kemasukan ke IPTA/IPTS bagi pelajar lepasan SPM & STPM 2019.
TARIKH : 13 MAC 2020 MASA : 2.30 - 3.30 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Memberi didikan dalam pembelajaran persekolahan agar pelajar tidak leka dengan kunjungan mereka di Pusat Internet.
AKTVITI
Pelajar diberi tunjuk ajar dalam subjek matematik bagi pelajar sekolah rendah. Mereka diberi latihan bagi pengukuhan daya penaakulan dalam subjek Matematik dan subjek lain agar mereka tidak terus lalai dengan tugasan sekolah.
TARIKH : 27 FEB 2020 MASA : 10.00 - 11.30 PAGI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 25 ORANG |
TUJUAN
Untuk melahirkan kanak-kanak yang celik IT selaras dengan perkembangan masa kini. Memberi pendedahan kepada kanak-kanak pengenalan komputer dan penggunaan internet.
AKTIVITI
Mewarna 'ladybug' atas talian melalui 'web colouring for you'. Petugas juga memberi tunjuk ajar cara pegang mouse dan pengendalian komputer semasa mewana.