TARIKH      : 05 JUN 2020

 MASA        : 2.30 - 3.30 PETANG

 LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA  

 PESERTA  : 1 ORANG

 

101946881 263400114722092 3460640169127771257 n

 

TUJUAN

Melahirkan golongan belia yang berkemahiran menggunakan komputer dan Microsoft Office.

 

AKTIVITI

Petugas memberi tunjuk ajar cara mengendalikan surat rasmi dan pembuatan Resume untuk permohonan kerja. Mereka juga diberi pendedahan tentang teknik penghasilan Resume yang berkesan selaras dengan masa kini agar menjadi tarikan kepada majikan.

 

Gambar disini


 

TARIKH      : 01 & 06 JUN 2020

 MASA        : 2.30 - 3.30PETANG

                      : 3.30 - 4.30 PETANG

 LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA  

 PESERTA  : 3 ORANG

 

101702885 2311335879171970 1524966768162781234 n

 

TUJUAN

Membantu pelajar sekolah agar lebih berkemahiran dalam penggunaan MIcrosoft Office untuk pendidikan.

 

AKTIVITI

Pelajar membuat tugasan sekolah menggunakan Microsoft Word dengan tunjuk ajar dari petugas. Petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan format yang betul untuk dalam penggunaan Microsoft Word untuk tugasan rasmi mahupun tugasan berbentuk 'assignment'. Beliau juga diajar cara print secara terus dari penggunaan komputer dan pemilihan format margin yang tepat agar kertas diprint tidak terlampau ke tepi atau dalam keadaan yang tepat.

 

Gambar disini


 

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

PROGRAM MENJANA PRESTASI POSITIF MELALUI LATIHAN KEMAHIRAN PENGURUSAN DIGITAL

Program ini adalah kerjasama GEM -Asia Sdn.Bhd , MSD dan Pusat Internet .

Q&A PROGRAM MENJANA PRESTASI POSITIF MELALUI LATIHAN KEMAHIRAN PENGURUSAN DIGITAL

1. Bilakah program ini akan dimulakan?
Setakat ini belum ada tarikh yang pasti sebab pihak penaja perlu pastikan peserta yang dapat dikumpulkan dan peruntukan yang akan disediakan. Walau bagaimanapun, pihak Gem-Asia mensasarkan untuk melancarkan dan memulakan program ini paling lewat pada 15 Julai 2020. Jadi, sekiranya kita dapat mengumpulkan semua nama peserta yang berminat pada 12hb Jun supaya dapat dibentangkan pada 15 hb. Jun. Kami mengharapkan agar kelulusan dapat diperolehi tidak lewat dari 01 Julai 2020. Ini akan memberikan pihak kami 2 minggu untuk membuat persiapan dan maklumkan kepada peserta.

2. Adakah peserta perlu membayar sebarang yuran?
Peserta tidak perlu membayar sebarang yuran untuk program ini.

3. Adakah program ini dilaksanakan secara online atau offline?
Program ini akan diadakan secara online tetapi majlis pembentangan hasil kerja dan penutup akan disecara offline selama 2 hari 1 malam di lokasi yang akan ditentukan kemudian.

4. Adakah peserta akan diberikan sebarang elaun.
Sebagai pengajur, kami sememangnya bercadang untuk menyediakan elaun latihan, tetapi berapa jumlahnya tidak dapat ditentukan sekarang ini sebab kami masih menantikan kelulusan dari pihak penaja.

5. Di manakah lokasi latihan?
Lokasi utama latihan ialah dirumah masing-masing. Jika talian internet tidak memuaskan, bolehlah menggunakan kemudahan Pusat Internet untuk menjalankan program tersebut.

Perserta yang berminat boleh menghantar nama kepada PI Kg Tembila selewatnya 11 June 2020.

 

Poster

 


 

102423708 2930133947033992 873695010284037759 o

PELUANG BAIK BUAT USAHAWAN TERENGGANU
 
 

YPU dengan kerjasama Perkeso berinisiatif membantu Usahawan /Majikan di Terengganu bagi meringankan beban kewangan melalui PROGRAM SUBSIDI UPAH (PSU).

Sila Klik pautan (Kepada yang sudah berdaftar sebagai AHLI SUT) https://bit.ly/permohonan-subsidi-upah-PERKESO

Sila Klik pautan (Kepada yang belum berdaftar sebagai AHLI SUT - YPU)
http://bit.ly/DaftarSahabatUsahawanYPU

 

DAFTAR SEGERA SELAGI DANA MASIH ADA

 

Sumber : Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU)

 


 

 

TARIKH      : 14  MAC 2020

 MASA        : 4.30 - 5.30 PETANG

 LOKASI     : PUSAT INTERNET KG TEMBILA  

 PESERTA  : 8 ORANG

 

WhatsApp Image 2020 03 14 at 17.20.20

 

TUJUAN

Mempromosi My Komuniti kepada pelajar agar mereka terus menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti.

 

AKTIVITI

Pelajar diberi tugasan menaip diruangan My komuniti aplikasi Dashboard Komuniti agar mereka tidak terus melupakan penggunaan aplikasi ini. Mereka juga diberi tempoh masa untuk menaip bagi melatih pelajar berfikir dengan cepat dalam masa yang ditetapkan dan mereka juga mengetahui cara penggunaan My Komuniti untuk kegunaan harian mereka.

 

Gambar disini