TARIKH : 06 JULAI 2020 MASA : 4:00 - 5:00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pengguna yang bijak dan celik IT dengan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet.
AKTIVITI
Peserta mengedit gambar menggunakan Paint dan Microsoft Office untuk menghasilkan gambar yang cantik. Peserta juga diberi penerangan cara mengedit gambar dengan betul agar gambar keilhatan menarik dan cantik.
TARIKH : 02 JULAI 2020 MASA : 3:00 - 4:00 PETANG LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Memuatturun video untuk pembelajaran secara visual. Memupuk pengguna klik dengan bijak dan menggunakan internet kearah yang berfaedah.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar cara memuat turun video dari Youtube kepada pengunjung untuk tujuan pembelajaran. Pengunjung dapat memperolehi benda baru dan belajar sesuatu dari keadah itu.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Kepada semua usahawan-usahawan dan bakal usahawan jom sertai pertandingan Usahwan Baru Online Pusat Internet dan menangi hadiah wang tunai yang lumayan. Selain hadiah yang lumayan Pusat Internet juga cuba membantu usahawan-usahawan untuk mengembangkan lagi cabang perniagaan dan membantu meningkatkan jualan produk dari segi saluran promosi jualan produk.
Pendaftaran pertandingan boleh dibuat di Pusat Internet Kg Tembila dan sudah dibuka, tarikh akhir pendaftaran adalah 20 Julai 2020. Rebutlah peluang keemasan dengan menangani wang tunai yang lumayan dan sertai kelas Shopee/Lazada secara PERCUMA.
TARIKH : 02 JULAI 2020 MASA : 9.30 - 11300 PAGI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 2 ORANG |
TUJUAN
Memberi kemudahan internet kepada pengunjung agar tidak ketinggalan dalam permohonan kerja terutama bagi yang mencari pekerjaan.
AKTIVITI
Pengunjung menjawab soalan peperiksaan SPA8 secara atas talian. Kemudahan Pusat Internet yang disediakan menjadikan pengunjung lebih selesa dan lebih memilih Pusat Internet berbanding tempat lain untuk dijadikan tempat mencari ilmuan dan juga menjawab peperiksaan.
TARIKH : 29 JUN 2020 MASA : 10.00 - 11.00 PAGI LOKASI : PUSAT INTERNET KG TEMBILA PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan usahawan yang serba boleh dalam mempromosikan produk keluaran mereka.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar cara membuat logo sticker produk bagi tujuan promosi dan maklumat bagi pengeluaran produk baharu.
Petugas juga memberi cadangan bagi mempromosi produk keluaran baru.